Wednesday, May 13, 2015

Jika dan Kalau

-Jika ...... dan Kalau .....

 KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA

 Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik MRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja  dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ....
KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI .... maka berhati-hatilah.
Wa hai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...



Thursday, April 30, 2015

Stok Susu

Aku tulis pasal breastfeeding ni based on my own experience yang tak seberapa setelah berjaya menyusukan Pewincess Aireen sampai umur 2tahun. 

Walupun 2 tahun bukan full breast feed tapi time dia bersama aku memang 100% susu badan kecuali masa dekat rumah pengasuh. Tu yang jadi tak 100% breastfeed tu. Salah kan pengasuh dia....hahahaha. Taklah.... aku faham nak handle budak yang susu badan ni bukan senang. Nak menguruskan susu badan  tu adalah sangat leceh sebab susu badan ni sangat sensitif. Nasib bailah pengasuh tu consider awal 6 bulan tu dia tak kisah aku bagi susu badan. 



Masa dalam pantang aku tak de buat stok susu sebab aku pemalas. Masa dah start kerja pun  aku cuma buat stok sikit jer. Kira perah hari ni untuk esok. Maknanya susu yang aku bagi bekal untuk Aireen tiap-tiap hari adalah fresh. Sebab memang aku tak bekukan. Cuma letak dalam peti sejuk kat bahagian bawah jer. Sebab esok nya dah nak bekal g rumah pengasuh dah. Kadang-kadang aku pelik dengan emak-emak yang buat stok macam org nak hntar stok susu jual kat supermarket. Siap beli freezer bagai.  Memanglah kata puan doktor n puan misi susu badan tahan sampai 6 bulan  hingga setahun kalau simpan kat tempat beku. Tapi tak macam kesian ker kat anak minum benda yang dah simpan lama-lama. Macam kita gak ler kalau benda dah simpan lama-lama dalam peti sejuk mana ada rasa sedapnya lagi kan. Itu pendapat akulah...lain orang lain pendapatnya kan..kan..kan...

Breastmilk Storage Guidelines
ROOM TEMPERATURE (66-78°F):
4-6 HOURS
COOLER WITH FROZEN ICE PACKS (59°F):
UP TO 24 HOURS
FRESH MILK IN REFRIGERATOR (≤39°F):
UP TO 8 DAYS
THAWED MILK IN REFRIGERATOR (≤39°F):
UP TO 24 HOURS
FREEZER UNIT:
UP TO 6 MONTHS
DEEP FREEZE UNIT:
UP TO 12 MONTHS

Masa aku breastfeed dulu aku tak tak terima kerja outstation. Aku cuma terima kerja yang membolehkan aku balik rumah. Tak kisahlah kalau kena balik pkl 10 malam ke...12 malam ker. Janji aku balik rumah. Nasib baik bos memahami. TQ bos. Tapi bagi mereka yang memang kena kerja outstation gak sebab bos tak nak paham situasi buatlah stok yang agak-agak lepas kalau outstation seminggu. Takkan lah korang outstation sampai berbulan-bulan kot. Tapi kalau betul kena outstation sampai bulan-bulan bagi jer lah anak tu minum susu formula. Memang x de rezeki nak susukan anak lah tu kalau keadaan tak berapa nak mengizinkan. Senang...kepala tak serabut nak fikir macam mana macam mana macam mana macam-macam...Bukan nak condemkan semangat korang. Fikir positif. Adalah hikmahnya disebalik ketidakmudahan nak menyusukan anak tu.  Kot-kot lepas tu dapat naik pangkat kena kerja jauh. Tempat tu plak x dpt nak angkut anak sekali tak gitu...Think positve..



Monday, April 27, 2015

Birthday Aireen 5 Yrs Old (2015)

Basi sangat dah cerita ku ni. Mana taknya birthday si budak kecik 7 Februari hari ni 27 April baru nak update. Niat hati memang macam selang 2-3 hari lepas hari kejadian nak update..tapi itulah bila hanya minda yang berfikir tapi badan cakap x nak...so simpan jer hasrat dalam hati.

Tahun ni budak kecik dah tak berapa nak kecik dah.  Dah umur 5 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik dah 5 tahun aku diberikan amanah untuk membesarkan budak Aireen nie. Alhamdulillah YaAllah di atas kurniaan Mu ini...hamba Mu ini sangat bersyukur diatas pemberian mu ini. Ok tanak tacing-tacing...Tahun ni bestday dia still buat kat sekolah gak. Mama ni suma macam nak jimat cermat. Nak jimat masa nak jimat tenaga. Duit jer mama tak reti nak jimat :P...

Sofia The First adalah tema birthday tahun ni. Macam tahun lepas mama dah pening-pening fikir tema birthday setat bulan 12 lagi. Huh mak-mak sangat. Kek tahun ni super murah sebab mama cuma spend RM 80 jer untuk kek. Yang special nya kek ni yang tukang buatnya abang sado. Tak caya ?? leh tengok FB beliau Putera Mohd Fahidz...nak order kek pun boleh. Wahhhh harus beliau kasi aku persen kalau laku kek dia lepas nie...... Kek dia comel seperti yang aku request n kek coklat dia moist sangat. Budak-budak sukalah..

ni yang aku nak 
ini yang aku dapat...so not bad kan....
Preparation mcm biasa habis sepah satu rumah ngan kertas. Goodies memang simple, low cost n yang paling penting hand made. Suma pun aku wat sendiri....budget party is fun sebab leh wat sama-sama ngan budak aireen. Dia pun enjoy sebab tak sabar nak bagi kawan katanya. At-least adalah aktiviti yang baru buat ngan budak Aireen selain dari makan, tengok tv, tido bla..bla..bla..bla..

goodies dah siap 80%


TQ card from Aireen
banner HAPPY BIRTHDAY pun buat sendiri


Photo prop Sofea The First ni pun buat sendiri uollls...


 Itulah jer lah yang aku mampu buat untuk birthday tahun ni...Nak buat lebih-lebih x mampu dek kerana kekangan masa dan tenaga. Yang pastinya Pewincess Aireen Sofea happy sangat sebab birthday sambut ngan Sofea The First tahun ni....



Abaikan senyuman papa yang tak berapa manis tu...

Ni kawan Pewincess Aireen Sofea ...Pewincess Mary Sofea namanya...

Inilah dia yang diaraikan PRINCESS AIREEN SOFIA ..teeeeettttttttttttttttttt

Saturday, May 31, 2014

Pujaan hati version 2014

Sebelum ni aku pernah buat entry pasal pujaan hati kat entry kalaulah....

Nampak dah muka pojaan hatiku??? emm..x der lah sehensem Omar Borkan al-Gala ke, Aaron Ajis ke..i just like him for what he is.  Hari ni dah genap 5 tahun hidup bersama (31 Mei 2009). Suka duka, pahit manis dan garam-garam kehidupan (garam dirasa bersama sebab bila terlebih bubuh garam time masak) dah kami rasa bersama. Saat-saat  sihat dan saat-saat sakit kami bersama.  Alhamdulillah  Ya Allah kerana memberikan aku TEMAN yang boleh aku jadikan sebagai tempat bergantung (jangan imagine gantung macam monyet plak ye...), tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat meluahkan perasaan dan tempat aku gaduh-gaduh manja gitu.

Asam,garam, pahit dan manis dalam hidup berumah tangga ada pasang dan surutnya. Sangat ajaib kalau sebuah rumah tangga tu tak pernah ada perbalahan. Cumanya perlu ada seorang yang mengalah dan pandai control situasi. Aku tak kata aku pandai. Dengan pengalaman yang baru tahap-tahap benih nak bercambah dalam arena berumah tangga ni itulah yang aku rasa best solution kalau ada masalah dalam rumah tangga. Kalau betul masih sayangkan rumah tangga perlulah pandai menanam sikap beralah. Aik kenapa aku banyak guna perumpamaan tanam menanam nie???, pokok benih... bercambah...emm..pengaruh hobi baru nie. Mentang-mentang dah ada mini kebun kat belakang rumah. Nanti aku wat entry pasal mini kebun blakang rumah plak ye.

Apapun percayalah apa yang Allah berikan kat kita selalunya adalah yang terbaik buat kita.



perasan tak dua-dua gamba pojaan hatiku peace?? Ini penangan si Aireen. Bergambo je kena peace...





Monday, May 19, 2014

Favourite staff vs unfavourable staff




Sedih kan dengar lagu tu. Malam tadi time baca notes tentang HRM aku terus teringat situasi kerja aku 4-5 tahun lepas.  Terus sampai tak leh tido malam tadi. Punyalah perasaan aku terkesan ngan situasi kerja masa lampau aku tu sampai tacing giler di hatiku ini.

Biasalah memang orang cakap kalau dapat bos pompuan agak payah sebab pompuan suka beremosi. Tapi kadang-kadang aku rasa tak kisahlah bos tu pompuan kaa..laki-laki kaa...bos sepatutnya buat keputusan yang tak dipengaruhi oleh orang lain. Macam tulah kejadiannya yang menimpa aku. Aku yang pembantu peribadi ni pun orang leh cantas depan bos acaner tu??? Macam takder fungsi lah aku ni. So alang-alang orang dah anggap kita tak berfungi...kita betul-betul wat kita x berfungsi. Tapi masalahnya bila sesuatu pekerjaan tu x der orang nak buat aku nilah yang jadi mangsa.  Time tulah adalah beberapa orang kitaorang ni yang bukan favourite bos.

Buatlah kerja berat mana pun sebelah mata bos tak pandang. Tak cakap apa pun. Tapi bila insan-insan terpilih buat kerja yang seringan angkat kertas A4  satu rim dia punya kecoh kata kawan tu buat kerja macam nak runtuh bangunan opis tu. Aku taulah aku ni kuli..tapi sekurang-kurangnya hargailah apa yang aku buat. Pernah sekali time kena hantar buku ke pejabat menteri untuk mesyuarat. Buku tu buku tahap-tahap kamus dewan bahasa punya tebal. Satu rim cuma ada 5 buah. Tapi dia punya berat mcm beras 10kg satu rim. Time tu kena hantar 30 rim. So pergilah kitaorang kuli-kuli ni hantar. Masa tu cume pergi bertiga. Seorang hero dan dua orang heroin (aku ler tu..) Bilik mesyuarat dekat tingkat 2 kebetulan plak masa tu lif rosak. Lif dah lah cuma ada seketul tu.  So..apa yang kitaorang buat sebab komited terhadap pekerjaan konon...kitaorang naik tangga. Angkutlah sorang satu sampai naik tingkat 2. Dah namanya pun heroin yang g. Berapa rim jer yang dapat diangkat sekali jalan. Satu rim bagi setiap heroin dan dua rim untuk hero sekali perjalanan. So turun naik turun naik sampai rasa nak muntah. Akhirnya siap angkat. Balik opis bgtau lah bos knp lama sangat g hantar buku.Kitaorang cakap lah lif rosak. Kena angkat satu-satu. Bos pun satu perkataan x cakap apa. OKlah aku tak kisah sebab aku memang ikhlas wat kerja. Agak menganjak ke petang tiba-tiba dengar bising-bising kat luar. Dengar ayat yang manis sangat bunyi nya " Alah kesiannya anak dara saya ni angkat kotak berat sorang-sorang. Tak der orang nak tolong". Aku pun keluar dari bilik. Nak tengok gak siapa yang kerja berat tu x der orang nak tolong. Berat sangat ker ingat cam nak tolong. Skali aku tngk beliau tu cuma angkat kotak A4 yang ada satu rim kertas A4 yang diambik dari bilik potostet sebab nak bagi kat bos. OMG....masa tu terus aku cam berapi giler. Owh,....aku angkat buku berat2 turun naik tangga ko tak cakap apa pun. Terus rasa macam apa ntah..aku pun x reti nak cakap perasaan aku time tu. Kejadian macam tu bukan jadi sekali...berkali-kali. Yang aku cerita ni sebab ni antara yang aku ingat sebab masa tu memang penat giler dan memang aku sakit hati giler giler giler lah.

Kalau favourite staff buat apa pun tak pe. Pagi keluar g klinik petang keluar lawat kawan kat sepital tidak menjadi sesuatu hal bagi bos. Tapi kalo yang unfavourable ni pagi bawak anak g klinik. Masuk opis balik dalam pukul 11.30. Lepas tu akan terdengar cakap-cakap belakang cakap selalu keluar opis. Selalu takderkat opis. Tu satu...

Dua,
Kesayangan buat kerja macam apa pun x per. Biarlah salah sebesar mana pun. Ayat yang keluar dari mulut bos " Nak buat macam mana dah salah. Semua orang pun buat salah". Cuba kalo yang bukan kesayangan...Walhal yang bukan kesayangan ni cuma tahap buat pruf reading jer..Boleh pulak nama yang bukan kesayangan ni dipetik masuk dalam mesyuarat pengurusan bagitau kat semua pengarah-pengarah bahagian kata yang si anu ni buat salah.  Macam mana tue???

Tiga,
Kalau time jamuan kalo kesayangan takder jamuan x leh buat. Yang bukan kesayangan ni time jamuan dah nak setat baru tau yang ada jamuan. Itupun tau sebab orang mintak tolong soh potong buah, bancuh air, kemas pantry...

Pokoknya kalo diingat balik memang rasa macam sangat sakit hati. Tapi takperlah..benda dah berlalu dan sekarang ni aku bahgia kat tempat baru.....



Thursday, May 15, 2014

aku dan motosikal

Motosikal dan aku memang tak apat dipisahkan. Aku start pandai bawak motor time umur 11 tahun lagi. Rock tak aku??Itupun aku first time bawak motor sendiri-sendiri. Takder orang ajar. Masa tu motor bapak aku tinggal kat rumah. Takder orang so aku try start.Try start skali hidup plak enjin motor tu. Aku pun masuk lah gear satu. Hebat tak...x payah orang ajar. Terrer semulajadi dah aku ni. Alah belajar melalui pemerhatian lah. Dok tengok orang bawak motor ambik ilmu sikit-sikit. Lagipun masa tu zaman belia remaja mana nak tau reti takut. Semua jalan janji hati bahgia.

First motor yang aku bawak Yamaha 100. Tu motor abang aku. Selalu lah ken kidnap ngan aku. Pakai curi-curi. Masa tu abang aku dah tak berapa nak sayang motor dia sebab dia dah sibuk ngan kereta. so aku pun bedal. Tapi tak lama aku beronggeng ngan motor tu sebab rosak n abang dsan bapak aku tak nak repair sebab tak nak bagi langkah aku panjang.




Second motor aku bawak motor Modenas. Model apa aku tak tau. Tapi rasanya satu jer motor brand modenas zaman tu. Ni motor bapak aku. Beliau beli sebab nak kene berulang dari Kuching ke Samarahan. Masa tu beliau naik pangkat kena transfer. Jauh gak perjalanan ada dalam sejam sengah jugak lah. So kalo bapak aku dh balik petang dalam kol 6 aku dah setat ronda-ronda kat kawasan perumahan. Dengan motor nilah aku accident patah kaki. Accident tersagat bontot kat jalan. Wuh ...memang kenangan. Nanti aku cerita plak pasal aku accident yer...

Masa aku tingkatan 4 aku dah setat bawak motor g sekolah. Masa tu bawak motor kapcai kepala bulat. Legend giler aku bawak motor ni. Motor ni motor lama. First motor bapak aku beli time dia baru kawen ngan mak aku. Aku hantar kedai repair dan dengan rasminya motor itu saya yang punya!!!...(gelak besar sebab dah ada motot sendiri. walopun moto buruk..) Dengan motor ni lah aku g sekolah sampai Tingkatan 5. Banyak kenangan ngan motor ni. Pernah sekali masa balik dari bercamping ngan kawan-kawan aku, penutup minyak motor boleh jatuh tergolek atas jalan. Aku pun pelik macam mana boleh penutup minyak tu jatuh padahal bawah seat. Sampai sekarang masih lagi ada tanda soal besar dalam kepala aku tentang kejadian tu.

Masuk Tingkatan 6 aku bawak balik Yamaha 100 abang aku. Sekolah aku time Tingkatan 6 agak jauh dari rumah so macam tak padan nak bawak kapcai kepala bulat aku tu jalan jauh-jauh. Pakai Yamaha 100 tu sampai aku habis Tingkatan 6 dan aku dah kerja kat legal firm.

Masa dah keje kat legal firm dah ada pakwe so x bawak motor sendiri dah. Pakwe ambik n hantar g keje. Bahgia je rasa kan. Hahaha...Nati entry akan datang aku cerita plak jenis-jenis motor bekas-bekas pakwe aku. Wah...mcm banyak sangat pakwe aku...Takderlah banyak SANGAT. tapi lebih dari satu lah...hahahhaa

Aku datang Kola Lumpo ni tahun 2007. Dari aku sampai  kola lumpo Sampai tahun 2014 ni baru aku berani bawak motor.  Sekarang aku bawak motor Modenas Elegen 150 cc. Ni moto en Suami. Bestday present dia aku bagi time baru-baru kawen dulu.  Mula-mula dulu tobat aku memang tak berani nak bawak moto kat Kola Lumpo ni. Tengok keta laju-laju. Mana tak seram. Ntah macam mana hari tu try bawak motor en suami ni macam best plak. Macam layan plak...try bawak g opis. Macam lepas...macam bahgia ...so try bawak p jauh sikit. G bawak time kelas. Kalo bawak keta g kelas bapak jem n susah nak parking. Bawak motot g kelas bahgia nye perasaan. X payah tempuh jem n x de masalah parking...Aku BAHGIA..!!!!





Monday, May 12, 2014

hari ibu 2014

                                                                  SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu untuk aku.Tahun ni dah 4 kali dah merasa Hari Ibu. Tapi aku x der lah sambut. Setakat ucapan Selamat Hari Ibu dari encik suami dan budak kecik perasan dia Princess jer yang menghiasi Hari Ibu aku.  Aku pun malas nak beriya-iya sebab aku dapat rasakan yang encik suami tengah rindu kat arwah mak dia. Mak mertua aku baru meninggal dalam setahun setengah. Maunya encik suami tak rindu sebab dulu dia memang jenis yang akan call mak dia hari-hari. Paling koman pun sehari sekali mesti dia akan call mak dia. Aku?? x der lah nak call mak aku hari-hari. x de benda nak cakap pun. Selang 2-3 hari aku call lah mak aku. Mak aku pun ok jer.Lagipun aku memang bukan jenis yang rapat ngan mak sangat. Biasa-biasa jer. Sebab aku anak fav bapak. But still x der calling-calling bapak hari-hari.

Kat FB punya timeline aku tengok ada orang siap dapat hadiah lagi sempena Hari Ibu. Jadi lebih speciallah bila dapat hadiah kan.  Tapi bukan itu ukuran kasih sayang kita kat mak kita. Mak kita pun x mintak semua tu. Yang dia mintak kita sentiasa ingat kat dia. 

Dah jadi mak ni baru aku tau macam mana perasaan mak bila kita buat benda yang tak senonoh. Aku rasa zaman aku  naik remaja mak aku sangat stress ngan aku. Mana taknya aku sangat nakal. Ponteng sekolah, ponteng tuisyen kawan ngan budak ntah apa-apa. Tapi alhamdulillah aku jadi manusia yang ada tujuan dalam hidup berbanding dengan kawan-kawan aku ramai yang lagi hanyut dari aku. Itu semua sebab EMAK. Kalau mak tak rotan aku, tak cubit aku sampai lebam-lebam, x kurung aku memang tak lah aku jadi macam ni sekarang. Terima kasih mak sebab menjadikan aku seorang manusia. A
nd now its my turn tu colour my own pewincess. Cabaran yang akan aku tempuh tak dapat lagi aku bayangkan buat masa ni. Hopefully semuanya ok-ok aja.....insyallah


pic ni masa mak nak g haji tahun 2011

countdown...

countdown...

www.google.com