Basi sangat dah cerita ku ni. Mana taknya birthday si budak kecik 7 Februari hari ni 27 April baru nak update. Niat hati memang macam selang 2-3 hari lepas hari kejadian nak update..tapi itulah bila hanya minda yang berfikir tapi badan cakap x nak...so simpan jer hasrat dalam hati.
Tahun ni budak kecik dah tak berapa nak kecik dah. Dah umur 5 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik dah 5 tahun aku diberikan amanah untuk membesarkan budak Aireen nie. Alhamdulillah YaAllah di atas kurniaan Mu ini...hamba Mu ini sangat bersyukur diatas pemberian mu ini. Ok tanak tacing-tacing...Tahun ni bestday dia still buat kat sekolah gak. Mama ni suma macam nak jimat cermat. Nak jimat masa nak jimat tenaga. Duit jer mama tak reti nak jimat :P...
Sofia The First adalah tema birthday tahun ni. Macam tahun lepas mama dah pening-pening fikir tema birthday setat bulan 12 lagi. Huh mak-mak sangat. Kek tahun ni super murah sebab mama cuma spend RM 80 jer untuk kek. Yang special nya kek ni yang tukang buatnya abang sado. Tak caya ?? leh tengok FB beliau
Putera Mohd Fahidz...nak order kek pun boleh. Wahhhh harus beliau kasi aku persen kalau laku kek dia lepas nie...... Kek dia comel seperti yang aku request n kek coklat dia moist sangat. Budak-budak sukalah..
|
ni yang aku nak |
|
ini yang aku dapat...so not bad kan....
|
Preparation mcm biasa habis sepah satu rumah ngan kertas. Goodies memang simple, low cost n yang paling penting hand made. Suma pun aku wat sendiri....budget party is fun sebab leh wat sama-sama ngan budak aireen. Dia pun enjoy sebab tak sabar nak bagi kawan katanya. At-least adalah aktiviti yang baru buat ngan budak Aireen selain dari makan, tengok tv, tido bla..bla..bla..bla..
|
goodies dah siap 80%
|
|
TQ card from Aireen
|
|
banner HAPPY BIRTHDAY pun buat sendiri |
|
Photo prop Sofea The First ni pun buat sendiri uollls...
|
Itulah jer lah yang aku mampu buat untuk birthday tahun ni...Nak buat lebih-lebih x mampu dek kerana kekangan masa dan tenaga. Yang pastinya Pewincess Aireen Sofea happy sangat sebab birthday sambut ngan Sofea The First tahun ni....
|
Abaikan senyuman papa yang tak berapa manis tu... |
|
Ni kawan Pewincess Aireen Sofea ...Pewincess Mary Sofea namanya... |
|
Inilah dia yang diaraikan PRINCESS AIREEN SOFIA ..teeeeettttttttttttttttttt |
No comments:
Post a Comment