Monday, May 12, 2014

hari ibu 2014

                                                                  SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu untuk aku.Tahun ni dah 4 kali dah merasa Hari Ibu. Tapi aku x der lah sambut. Setakat ucapan Selamat Hari Ibu dari encik suami dan budak kecik perasan dia Princess jer yang menghiasi Hari Ibu aku.  Aku pun malas nak beriya-iya sebab aku dapat rasakan yang encik suami tengah rindu kat arwah mak dia. Mak mertua aku baru meninggal dalam setahun setengah. Maunya encik suami tak rindu sebab dulu dia memang jenis yang akan call mak dia hari-hari. Paling koman pun sehari sekali mesti dia akan call mak dia. Aku?? x der lah nak call mak aku hari-hari. x de benda nak cakap pun. Selang 2-3 hari aku call lah mak aku. Mak aku pun ok jer.Lagipun aku memang bukan jenis yang rapat ngan mak sangat. Biasa-biasa jer. Sebab aku anak fav bapak. But still x der calling-calling bapak hari-hari.

Kat FB punya timeline aku tengok ada orang siap dapat hadiah lagi sempena Hari Ibu. Jadi lebih speciallah bila dapat hadiah kan.  Tapi bukan itu ukuran kasih sayang kita kat mak kita. Mak kita pun x mintak semua tu. Yang dia mintak kita sentiasa ingat kat dia. 

Dah jadi mak ni baru aku tau macam mana perasaan mak bila kita buat benda yang tak senonoh. Aku rasa zaman aku  naik remaja mak aku sangat stress ngan aku. Mana taknya aku sangat nakal. Ponteng sekolah, ponteng tuisyen kawan ngan budak ntah apa-apa. Tapi alhamdulillah aku jadi manusia yang ada tujuan dalam hidup berbanding dengan kawan-kawan aku ramai yang lagi hanyut dari aku. Itu semua sebab EMAK. Kalau mak tak rotan aku, tak cubit aku sampai lebam-lebam, x kurung aku memang tak lah aku jadi macam ni sekarang. Terima kasih mak sebab menjadikan aku seorang manusia. A
nd now its my turn tu colour my own pewincess. Cabaran yang akan aku tempuh tak dapat lagi aku bayangkan buat masa ni. Hopefully semuanya ok-ok aja.....insyallah


pic ni masa mak nak g haji tahun 2011

No comments:

Post a Comment

countdown...

countdown...

www.google.com