Dari semalam hati aku macam nak sangat tulis pasal ni. Sampai tak leh tido malam dibuatnya. hahaha...banyak lah aku.
Kisahnya bermula pada Jumaat lepas. kitaorang dapatlah satu jemputan dalam peti surat. Bukan kad jemputan pon. cuma kertas A4 tu bahagi dua. Boleh aku kira macam kertas jemputan yo. Jemputan untuk ke kenduri kahwin. Anak-anak jiran tetangga. Walopun tak kenal siapa tuan yang hantar jemputan, aku pun cakap kat encik suami bolehlah nak g. Sebab majlis ahad ni.Kebetulan aku ada kelas. So papa n aireen tak payah masak. Leh g kenduri tu untuk makan tengahari. Lagi pulak konon-kononya aku rasa macam nak kenal-kenal ngan jiran tetanggalah. Sebab aku ni lama lagi ank duduk kat kawasan perumahan ni. Setakat ni x der lah nak pindah kemana-mana. So aku fikir macam perlulah nak kenal jiran tetanggga.
So semalam (23.03.2014) En Suami dan Cik Aireen g lah kenduri tersebut. Sekali malam bila time makan malam aku tanya lah En Suami macam mana kenduri tu??Ramai orang tak? Siapa tuan rumah ? En suami pun cakap kalau tau tak payah pergi pun takpe. Aik kenapa plak??? Rupa-rupanya tuan rumah ni tak layan pon tetamu yang datang. Dia cuma layan tetamu VVIP yo. Emm..ada ker patot?? Habis kalo x nak layan orang kebanyakkan kenape nye g hantar kertas jemputan?? Yang sambut orang-orang kebanyakkan ni anak dia. Emm..Macam lah orang-orang yang datang tu kebulur sangat nak makan lauk kenduri dia. Ciiisstttt...puiiihhhhhh. Sakit hati aku.
En Suami cakap mungkin tuan rumah ni pegawai tinggi kat Jabatan Kerajaan. Sebab dia ada kereta yang terjentang tulis perkataan Jabatan Perdama Menteri. Maknanya beliau ada driver lah sebab dapat sebijik kereta untuk dia. Mungkin taraf-taraf Timbalan Ketua Pengarah dan keatas kot. Huh..kereta pun keta free...minyak keta fee...driver feee...ada hati nak berlagak. Tak tau duit yang dia guna beli minyak keta tu duit aku. Yer lah aku kan rakyat Malaysia. Penyumbang kepada tax. Duit rakyat semua tu...
Goodies pun bagi kat yang mana dia kenal je. Kesian plak aku tengok kenduri dia. Macam kenduri tak cukup budget. Yer lah goodies pun main pilih-pilih nak bagi kat siapa. Orang kampung yang kerja kebun tu pun kalo wat kenduri satu kampung dia jemput, satu kampung tu jugak dapat goodies. Alah bukan nak sangat pun goodies dia tu..tapi cara layanan dia tu sangat ada gap antara orang besar and orang biasa-biasa. Kalo nak bagi perhatian kat orang-orang besar jer buatlah kenduri tertutup. X der nye orang nak sibuk-sibuk g. Or paling senang tak payah lah edarkan kertas jemputan tu.
Dia buat kenduri kat dewan kat Paya Indah Wetland tue. Sebelah kawasan perumahan kitaorang je. Tobat lepas ni dia dah kena banned. Buat lah kenduri apa pon mmg tak ler nak g even kenduri arwah dia pun x hingin aku nak g. Sakit hati.Bini dia pun sama perangai macam laki dia. Agak yang dia kenal dia g sambut siap sampai hantar ke meja makan. Yang dia tak kenal lari masuk dalam kooo......
Setahu aku yang tak tinggi ilmu agama ni..kita kena layan tetamu kita sebaik mungkin. Biar kita tak makan janji tetamu kita kenyang. Kita kena bagi 100% comfort kat tetamu kita. Dah kalau orang yang boleh dikira group baby boomers ni pun perangai tak senonoh..macam mana nak expect generasi Y ngan Z untuk berperangai senonoh. Bila golongan yang sepatutnya menjadi contoh pun hampehhh.Jangan nak orang hormat kita kalau kita tak reti cara nak hormat orang lain.
x de gamba untuk entry ni sebab emosi terganggu dibuatnya...tapi lepas aku berfikir secara positif. Aku rasa mungkin jadi macam tu sebab niat untuk g kenduri tu tak berapa nak elok kot. Sebab niat nak makan tengahari tanpa perlu masak d rumah. Menyimpang dah niat tu kan. Sepatutnya niat nak g kenduri tu untuk meramaikan majlis disamping nak merapatkan silaturrahim. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment