Tuesday, March 4, 2014

fire station trip

Semalam 3 Mac 2014 Aireen dan geng sekolah pergi melawat ke Balai Bomba Putrajaya. Mula-mula aku macam nak g sekali sebab nak tengok apa aktiviti yang diaorang nak buat n op coz lah nak ambik gambo. Biar dia seronok tengok nanti bila dah besar. Ada gak kenangan dia kan. Dulu aku time kecik-kecik ikut benda-benda kat sekolah manalah mak pak aku reti nak ambik gambo. Ntah-ntah time tu kitaorg kamera pun x der. Maklumlah masa tu zaman kesusahan. Aku ni pun bukanlah dari keluarga yang kaya raya. Rumah banglo pun x der bertineket-tingket. Tapi x der lah susah sangat sampai tahap kena masuk BERSAMAMU tibi 3 tue. Alhamdulillah bak kata orang kampung aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cukup-cukup untuk kitaorg adik beradik makan dan boleh g sekolah macam orang lain. Macam sedih plak.

Balik kepada ceritaAireen punya lawatan. Semalam rupanya kena pakai baju sport. Si Aireen ni masih fail lagi nak menyampaikan amanat daripada teacher dia kepada aku. So semalam dia sorang-sorang jer yang pakai uniform sekolah. Mr Suami call time hantar Aireen ke sekolah. Katanya kena pakai sport wear. So aku cakap kat Mr Suami tak perlah biar dia nampak lain. Biar orang ingat dia ketua kelas. Hahaha....ayat nak menyedapkan hati. Boleh diterima pakai lah jugak ayat tu kan.  Teacher cakap tak tahu samada parent boleh ikut ker tak sebab dia guna agent untuk arrange lawatan nih. So aku dengan hampanya x boleh g lah follow lawatan tue.

Pukul 1 tgh aku macam biasa nak g ambik Aireen balik sekolah. Sekali bila sampai sekolah aku tngk sekolah sunyi sepi. Alamak!!! aku lewat sangat ker ambik Aireen. suma orang dah balik. TING TONG...aku tekan loceng sekolah. Teacher keluar dan bagitau budak-budak tak balik lagi tengah lunch kat Alamanda.  Wow....lunch kat Alamanda Aireen hari ni. Aku pun lepak dalam keta tunggu Aireen balik. Adalah dalam 20 minit aku tunggu. dari jauh aku tengok bas persiaran datang. Ni kompom bas budak-budak nie. Sempat snap beberapa keping gambo.

Aireen masuk keta. terus cakap pasal uncle yang bawak  bas. Kata nya " Mama, uncle yang bawak bas tu baik. Dia orang India. Dia cantik macam hindustan". Fuhhhh ini kalau uncle tu dengar ntah-ntah dia offer diri ambik ngan hantar Aireen balik sekolah hari-hari. Maunya tak kembang...dicakap cantik macam hindustan.

Dalam keta dok ceritalah pasal bomba, pasal air padam api. Pastu dia cakap cam gini kat aku " Mama kalau kita ada KEBAKARAN, ada api besar ambik air kat paip tu pegang macam ni (sambil buat action macam orang pegang hos paip) letak kat api tau. Bomba tu cakap tadi. Een dah pandai dah padam api KEBAKARAN". Baeklah sayang...tapi moral of the story is dia nak show off kat aku yang dia pandai sebut  perkataan baru dia belajar hari ni iaitu perkataan KEBAKARAN. Kagum gak aku dengar dia sebut perkataan KEBAKARAN tue.  Mesti Aireen rasa beliau sangat hebat sebab boleh sebut perkataan KEBAKARAN. Hahahahaha... gamba kat bawah ni teacher dia whatapp kat mak bapak. so x der lah frust sangat sebab ada gak gamba utntuk kenangan.




ni masa mula-mula sampai


duduk dalam keta bomba..mesti berbunga-bunga hati sorang-sorang


ini kot atuk Bomba yang Aireen cakap 

ni mesti terang pasal KEBAKARAN

paham ke tidak budak-budak ni apa atuk bomba tu bebelkan...

Aireen punya botal air dah tergadai dah. Tertinggal dalam bas. 

baru g keta bomba nih. sia berplastik-plastik lagi

ini geng kelas aireen. yang depan skali tu nama dia Tung Tung. yang blakang tu x tau apa dia punya nama

Hashimah

this is Chen Chen kalo x salah aku

Budak Aireen kalo tangkap gamba memang tak tinggal jari peace 

ini kawan-kawan kelas dia  kecuali yang pakai kasut putih tu.

this is Tan Cheong Wai. Een slalu cerita pasal dia ni. Dia ni suka nanges kalu time mummy dia hantar g school





awww...abang bomba siapkan budak-budak. Mesti rasa cam layan anak-anak dia jer

baju ni baju staby teacher dia kot. colourful sangat kan..kasut ping, seloar kunin n baju oren. sib baek cuma belang-belang oren.kalo x nampak cam kuih lapis plak si Aireen

ini lah yang dia cakap kot yang kalo ada kebakaran ambik paip letak kat api....excited jer muka kan. budak-budak ngan air memanglah x dapat dipisahkan

   
ce teka mana Aireen??

2 comments:

  1. comel sgt2!!! walaupun cuma gi bomba, tp experience tu yg penting kan u!

    ReplyDelete
  2. betul tu .seronok bila tengok budak-budak ni excited.

    ReplyDelete

countdown...

countdown...

www.google.com