Thursday, May 15, 2014

aku dan motosikal

Motosikal dan aku memang tak apat dipisahkan. Aku start pandai bawak motor time umur 11 tahun lagi. Rock tak aku??Itupun aku first time bawak motor sendiri-sendiri. Takder orang ajar. Masa tu motor bapak aku tinggal kat rumah. Takder orang so aku try start.Try start skali hidup plak enjin motor tu. Aku pun masuk lah gear satu. Hebat tak...x payah orang ajar. Terrer semulajadi dah aku ni. Alah belajar melalui pemerhatian lah. Dok tengok orang bawak motor ambik ilmu sikit-sikit. Lagipun masa tu zaman belia remaja mana nak tau reti takut. Semua jalan janji hati bahgia.

First motor yang aku bawak Yamaha 100. Tu motor abang aku. Selalu lah ken kidnap ngan aku. Pakai curi-curi. Masa tu abang aku dah tak berapa nak sayang motor dia sebab dia dah sibuk ngan kereta. so aku pun bedal. Tapi tak lama aku beronggeng ngan motor tu sebab rosak n abang dsan bapak aku tak nak repair sebab tak nak bagi langkah aku panjang.




Second motor aku bawak motor Modenas. Model apa aku tak tau. Tapi rasanya satu jer motor brand modenas zaman tu. Ni motor bapak aku. Beliau beli sebab nak kene berulang dari Kuching ke Samarahan. Masa tu beliau naik pangkat kena transfer. Jauh gak perjalanan ada dalam sejam sengah jugak lah. So kalo bapak aku dh balik petang dalam kol 6 aku dah setat ronda-ronda kat kawasan perumahan. Dengan motor nilah aku accident patah kaki. Accident tersagat bontot kat jalan. Wuh ...memang kenangan. Nanti aku cerita plak pasal aku accident yer...

Masa aku tingkatan 4 aku dah setat bawak motor g sekolah. Masa tu bawak motor kapcai kepala bulat. Legend giler aku bawak motor ni. Motor ni motor lama. First motor bapak aku beli time dia baru kawen ngan mak aku. Aku hantar kedai repair dan dengan rasminya motor itu saya yang punya!!!...(gelak besar sebab dah ada motot sendiri. walopun moto buruk..) Dengan motor ni lah aku g sekolah sampai Tingkatan 5. Banyak kenangan ngan motor ni. Pernah sekali masa balik dari bercamping ngan kawan-kawan aku, penutup minyak motor boleh jatuh tergolek atas jalan. Aku pun pelik macam mana boleh penutup minyak tu jatuh padahal bawah seat. Sampai sekarang masih lagi ada tanda soal besar dalam kepala aku tentang kejadian tu.

Masuk Tingkatan 6 aku bawak balik Yamaha 100 abang aku. Sekolah aku time Tingkatan 6 agak jauh dari rumah so macam tak padan nak bawak kapcai kepala bulat aku tu jalan jauh-jauh. Pakai Yamaha 100 tu sampai aku habis Tingkatan 6 dan aku dah kerja kat legal firm.

Masa dah keje kat legal firm dah ada pakwe so x bawak motor sendiri dah. Pakwe ambik n hantar g keje. Bahgia je rasa kan. Hahaha...Nati entry akan datang aku cerita plak jenis-jenis motor bekas-bekas pakwe aku. Wah...mcm banyak sangat pakwe aku...Takderlah banyak SANGAT. tapi lebih dari satu lah...hahahhaa

Aku datang Kola Lumpo ni tahun 2007. Dari aku sampai  kola lumpo Sampai tahun 2014 ni baru aku berani bawak motor.  Sekarang aku bawak motor Modenas Elegen 150 cc. Ni moto en Suami. Bestday present dia aku bagi time baru-baru kawen dulu.  Mula-mula dulu tobat aku memang tak berani nak bawak moto kat Kola Lumpo ni. Tengok keta laju-laju. Mana tak seram. Ntah macam mana hari tu try bawak motor en suami ni macam best plak. Macam layan plak...try bawak g opis. Macam lepas...macam bahgia ...so try bawak p jauh sikit. G bawak time kelas. Kalo bawak keta g kelas bapak jem n susah nak parking. Bawak motot g kelas bahgia nye perasaan. X payah tempuh jem n x de masalah parking...Aku BAHGIA..!!!!





No comments:

Post a Comment

countdown...

countdown...

www.google.com