Sedih kan dengar lagu tu. Malam tadi time baca notes tentang HRM aku terus teringat situasi kerja aku 4-5 tahun lepas. Terus sampai tak leh tido malam tadi. Punyalah perasaan aku terkesan ngan situasi kerja masa lampau aku tu sampai tacing giler di hatiku ini.
Biasalah memang orang cakap kalau dapat bos pompuan agak payah sebab pompuan suka beremosi. Tapi kadang-kadang aku rasa tak kisahlah bos tu pompuan kaa..laki-laki kaa...bos sepatutnya buat keputusan yang tak dipengaruhi oleh orang lain. Macam tulah kejadiannya yang menimpa aku. Aku yang pembantu peribadi ni pun orang leh cantas depan bos acaner tu??? Macam takder fungsi lah aku ni. So alang-alang orang dah anggap kita tak berfungi...kita betul-betul wat kita x berfungsi. Tapi masalahnya bila sesuatu pekerjaan tu x der orang nak buat aku nilah yang jadi mangsa. Time tulah adalah beberapa orang kitaorang ni yang bukan favourite bos.
Buatlah kerja berat mana pun sebelah mata bos tak pandang. Tak cakap apa pun. Tapi bila insan-insan terpilih buat kerja yang seringan angkat kertas A4 satu rim dia punya kecoh kata kawan tu buat kerja macam nak runtuh bangunan opis tu. Aku taulah aku ni kuli..tapi sekurang-kurangnya hargailah apa yang aku buat. Pernah sekali time kena hantar buku ke pejabat menteri untuk mesyuarat. Buku tu buku tahap-tahap kamus dewan bahasa punya tebal. Satu rim cuma ada 5 buah. Tapi dia punya berat mcm beras 10kg satu rim. Time tu kena hantar 30 rim. So pergilah kitaorang kuli-kuli ni hantar. Masa tu cume pergi bertiga. Seorang hero dan dua orang heroin (aku ler tu..) Bilik mesyuarat dekat tingkat 2 kebetulan plak masa tu lif rosak. Lif dah lah cuma ada seketul tu. So..apa yang kitaorang buat sebab komited terhadap pekerjaan konon...kitaorang naik tangga. Angkutlah sorang satu sampai naik tingkat 2. Dah namanya pun heroin yang g. Berapa rim jer yang dapat diangkat sekali jalan. Satu rim bagi setiap heroin dan dua rim untuk hero sekali perjalanan. So turun naik turun naik sampai rasa nak muntah. Akhirnya siap angkat. Balik opis bgtau lah bos knp lama sangat g hantar buku.Kitaorang cakap lah lif rosak. Kena angkat satu-satu. Bos pun satu perkataan x cakap apa. OKlah aku tak kisah sebab aku memang ikhlas wat kerja. Agak menganjak ke petang tiba-tiba dengar bising-bising kat luar. Dengar ayat yang manis sangat bunyi nya " Alah kesiannya anak dara saya ni angkat kotak berat sorang-sorang. Tak der orang nak tolong". Aku pun keluar dari bilik. Nak tengok gak siapa yang kerja berat tu x der orang nak tolong. Berat sangat ker ingat cam nak tolong. Skali aku tngk beliau tu cuma angkat kotak A4 yang ada satu rim kertas A4 yang diambik dari bilik potostet sebab nak bagi kat bos. OMG....masa tu terus aku cam berapi giler. Owh,....aku angkat buku berat2 turun naik tangga ko tak cakap apa pun. Terus rasa macam apa ntah..aku pun x reti nak cakap perasaan aku time tu. Kejadian macam tu bukan jadi sekali...berkali-kali. Yang aku cerita ni sebab ni antara yang aku ingat sebab masa tu memang penat giler dan memang aku sakit hati giler giler giler lah.
Kalau favourite staff buat apa pun tak pe. Pagi keluar g klinik petang keluar lawat kawan kat sepital tidak menjadi sesuatu hal bagi bos. Tapi kalo yang unfavourable ni pagi bawak anak g klinik. Masuk opis balik dalam pukul 11.30. Lepas tu akan terdengar cakap-cakap belakang cakap selalu keluar opis. Selalu takderkat opis. Tu satu...
Dua,
Kesayangan buat kerja macam apa pun x per. Biarlah salah sebesar mana pun. Ayat yang keluar dari mulut bos " Nak buat macam mana dah salah. Semua orang pun buat salah". Cuba kalo yang bukan kesayangan...Walhal yang bukan kesayangan ni cuma tahap buat pruf reading jer..Boleh pulak nama yang bukan kesayangan ni dipetik masuk dalam mesyuarat pengurusan bagitau kat semua pengarah-pengarah bahagian kata yang si anu ni buat salah. Macam mana tue???
Tiga,
Kalau time jamuan kalo kesayangan takder jamuan x leh buat. Yang bukan kesayangan ni time jamuan dah nak setat baru tau yang ada jamuan. Itupun tau sebab orang mintak tolong soh potong buah, bancuh air, kemas pantry...
Pokoknya kalo diingat balik memang rasa macam sangat sakit hati. Tapi takperlah..benda dah berlalu dan sekarang ni aku bahgia kat tempat baru.....
Hahaha ..... suatu waktu dahulu ..... keterasaan
ReplyDelete