Tuesday, March 4, 2014

fire station trip

Semalam 3 Mac 2014 Aireen dan geng sekolah pergi melawat ke Balai Bomba Putrajaya. Mula-mula aku macam nak g sekali sebab nak tengok apa aktiviti yang diaorang nak buat n op coz lah nak ambik gambo. Biar dia seronok tengok nanti bila dah besar. Ada gak kenangan dia kan. Dulu aku time kecik-kecik ikut benda-benda kat sekolah manalah mak pak aku reti nak ambik gambo. Ntah-ntah time tu kitaorg kamera pun x der. Maklumlah masa tu zaman kesusahan. Aku ni pun bukanlah dari keluarga yang kaya raya. Rumah banglo pun x der bertineket-tingket. Tapi x der lah susah sangat sampai tahap kena masuk BERSAMAMU tibi 3 tue. Alhamdulillah bak kata orang kampung aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cukup-cukup untuk kitaorg adik beradik makan dan boleh g sekolah macam orang lain. Macam sedih plak.

Balik kepada ceritaAireen punya lawatan. Semalam rupanya kena pakai baju sport. Si Aireen ni masih fail lagi nak menyampaikan amanat daripada teacher dia kepada aku. So semalam dia sorang-sorang jer yang pakai uniform sekolah. Mr Suami call time hantar Aireen ke sekolah. Katanya kena pakai sport wear. So aku cakap kat Mr Suami tak perlah biar dia nampak lain. Biar orang ingat dia ketua kelas. Hahaha....ayat nak menyedapkan hati. Boleh diterima pakai lah jugak ayat tu kan.  Teacher cakap tak tahu samada parent boleh ikut ker tak sebab dia guna agent untuk arrange lawatan nih. So aku dengan hampanya x boleh g lah follow lawatan tue.

Pukul 1 tgh aku macam biasa nak g ambik Aireen balik sekolah. Sekali bila sampai sekolah aku tngk sekolah sunyi sepi. Alamak!!! aku lewat sangat ker ambik Aireen. suma orang dah balik. TING TONG...aku tekan loceng sekolah. Teacher keluar dan bagitau budak-budak tak balik lagi tengah lunch kat Alamanda.  Wow....lunch kat Alamanda Aireen hari ni. Aku pun lepak dalam keta tunggu Aireen balik. Adalah dalam 20 minit aku tunggu. dari jauh aku tengok bas persiaran datang. Ni kompom bas budak-budak nie. Sempat snap beberapa keping gambo.

Aireen masuk keta. terus cakap pasal uncle yang bawak  bas. Kata nya " Mama, uncle yang bawak bas tu baik. Dia orang India. Dia cantik macam hindustan". Fuhhhh ini kalau uncle tu dengar ntah-ntah dia offer diri ambik ngan hantar Aireen balik sekolah hari-hari. Maunya tak kembang...dicakap cantik macam hindustan.

Dalam keta dok ceritalah pasal bomba, pasal air padam api. Pastu dia cakap cam gini kat aku " Mama kalau kita ada KEBAKARAN, ada api besar ambik air kat paip tu pegang macam ni (sambil buat action macam orang pegang hos paip) letak kat api tau. Bomba tu cakap tadi. Een dah pandai dah padam api KEBAKARAN". Baeklah sayang...tapi moral of the story is dia nak show off kat aku yang dia pandai sebut  perkataan baru dia belajar hari ni iaitu perkataan KEBAKARAN. Kagum gak aku dengar dia sebut perkataan KEBAKARAN tue.  Mesti Aireen rasa beliau sangat hebat sebab boleh sebut perkataan KEBAKARAN. Hahahahaha... gamba kat bawah ni teacher dia whatapp kat mak bapak. so x der lah frust sangat sebab ada gak gamba utntuk kenangan.




ni masa mula-mula sampai


duduk dalam keta bomba..mesti berbunga-bunga hati sorang-sorang


ini kot atuk Bomba yang Aireen cakap 

ni mesti terang pasal KEBAKARAN

paham ke tidak budak-budak ni apa atuk bomba tu bebelkan...

Aireen punya botal air dah tergadai dah. Tertinggal dalam bas. 

baru g keta bomba nih. sia berplastik-plastik lagi

ini geng kelas aireen. yang depan skali tu nama dia Tung Tung. yang blakang tu x tau apa dia punya nama

Hashimah

this is Chen Chen kalo x salah aku

Budak Aireen kalo tangkap gamba memang tak tinggal jari peace 

ini kawan-kawan kelas dia  kecuali yang pakai kasut putih tu.

this is Tan Cheong Wai. Een slalu cerita pasal dia ni. Dia ni suka nanges kalu time mummy dia hantar g school





awww...abang bomba siapkan budak-budak. Mesti rasa cam layan anak-anak dia jer

baju ni baju staby teacher dia kot. colourful sangat kan..kasut ping, seloar kunin n baju oren. sib baek cuma belang-belang oren.kalo x nampak cam kuih lapis plak si Aireen

ini lah yang dia cakap kot yang kalo ada kebakaran ambik paip letak kat api....excited jer muka kan. budak-budak ngan air memanglah x dapat dipisahkan

   
ce teka mana Aireen??

aireen & cartoon

Budak-budak dan kartun memang tak dapat dipisahkan. Ada bagusnya dan ada x bagusnya bila budak-budak tengok kartun. Tapi bila dah jadi mak-mak ni tak dinafikan yang pengaruh tv memang sangat kuat kepada budak-budak. Patotlah mak aku  slalu cakap jangan bagi sangat anak-anak tengok tibi.

Positive view:
1. Budak-budak boleh blaja . Contohnya macam rancangan sesame street, dora the explorer, mickey mouse     full house, hi-5. Contohnya aku sendiri. dolo-dolu masa zaman aku kecik-kecik manalah reti cakap              omputih. Mak aku tu surirumah. Sekolah pun tak tinggi. Masa aku masuk darjah 1 tahu lah jugak cakap        good morning , thank you, my name is Cathy. Itu hasil tengok tibi lah tu.

2. X der lah buat benda ntah apa-apa. Contohnya time cuti sekolah x der lah nak main longkang carik anak       ikan macam aku masa kecik-kecik dulu. Tapi zaman dulu selamat. tak ramai orang jahat. bukan macam         zaman laa ni. nak bagi anak main kat parking keta dalam rumah pun tak berani. 

Negative view:
1. Kadang-kadang kartun ni suka wat benda ntah apa-apa. Contohnya jelir-jelir lidah, tunjuk punggok kat         orang Itu boleh menjadi ikutan budak-budak.Mungkin bagi mat salleh benda-benda macam tu kiut. Tapi       cuba tiba-tiba anak kita buat kat orang tua macam tu x ke kemaluan kita sebagai mak pak 
    dia.  nampak  macam tak pandai ajar anak. Itu semua diluar batas-batas norma kehidupan kita sebagai         orang Malaysia. (wah.....ekkekekek).


Malas nak taip dah...

Ni Aireen yang dah kawan aku si pemilik blog mynonstopstories.blogspot.com kartunkan. Dia ni memang creatif tahap gaban antara kitaorg kat opis tue. berseni lah tangan dia walopun luaran nampak cam ganas orang nye. ibarat dalam hati ada taman tapi tangan sangat berseni.


kalau aku yang buat x der nyelah jadi macam nie...
taaaadddddaaaaaa......aku pun berjaya beliau kartunkan....


Friday, February 28, 2014

best friend aireen

Tahun ni Aireen masih lagi study kat sekolah lama dia. Kindergarden Little Dolphine a.k.a Tadika Lumba-lumba. So far aku rasa sekolah ni ok. Tahun ni Aireen akan start blaja mandarin. Aku pernah gak tanya-tanya kat teacher dia macam mana nak blaja Mandarin sebab aku n mr suami x reti sepatah apa pun. Tapi teacher dia cakap sebelum ni pun ada gak student yang family takder basic Mandarin tapi boleh jer follow. Atas student katanya. Tapi lebih baik kalau Aireen ada adik katanya. Sebab nanti kat rumah dia boleh main cikgu-cikgu. Dalam pada masa yang sama dia akan refresh balik apa yang dia blaja kat sekolah. Banyak betulnya apa yang teacher dia cakap. Tapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi untuk Aireen ada adik.

Kat sekolah, Aireen ada bestfriend. Ni kawan dia dari tahun lepas. Teacher pun cakap Aireen kawan ngan Dilasyafikah ni jer. Kalau aku tanya pun dia akan dia kawan ngan Dila jer kat school. Hari tu masa 1st day sekolah tahun aku pun melepak ngan diaorg berdua kat sekolah. Sementara nak settlekan urusan bayar itu dan ini. Bila aku tngk kat nama tag Dila rupanya dia lahir sama ngan bestday Encik Suami. 14 February. Emm..patot pun Aireen leh kawan ngan Dila . Agaknya lah kan..kimia diaorg kuat. Hidup aku dikelilingi oleh insan-insan yang lahir bulan Februari jer lately nih. Emm..oklah tu. Bulan kasih sayang kata orang. Peace no war....

Terlupa plak tahun ni Aireen dah start pakai proper uniform. .syiok ler..sebab perasan macam pincess katanya...
Dila & Aireen

cepatnya besar anak mama

jeng jeng jeng...muka perasan pincess

Wednesday, February 26, 2014

air oh air

Last week me and family fly back to Kuching. Spend a week but the weather is very bad. Sooooo hot ok. hehehe...sepiking london. Berdebu jer aku rasa. macam harrrraaaammmmm

Kitaorang balik Kuching masa CNY lepas. Macam orang nak sambut raya gak kan. First time balik Sarawak time orang CNY sebab sebelum ni slalu balik kpg en suami jer.  Tak sangka flight penuh. Maknanya ramai jugalah orang-orang Cina yang kerja merantau jauh dari keluarga.  Aik ni nak cerita pasal CNY ke nak cerita pasal air..skip lah...

So lepas spend seminggu kat Sarawak, balik ke Dengkil 8 haribulan lepas. Sekali balik air x der. Tak kisah sangat lah sebab air tong kitaorang berlambak g. So tak terasa sangatlah air x de and aku assume esok lusa ada lah balik air tu. Skali sehingga entry ini aku tulis air masih takder dan time entry ini aku tulis tulang belikat aku dah rasa macam urat tendonnya berpintal-pintal. exaggeration yang sangat melampau ..hahaha


Itulah kan semua benda ada positif dan negative viewnya. Berikut adalah apa perasaan aku time x de air dari sudut positif (iyelah kita digalakkan berfikir yang baik-baik aje kan) di semasa ketiadaan air nie :-

Positive view
1. hubungan kekeluargaan menjadi rapat
-Mana tak rapatnya bila makan satu pinggan kongsi 3 orang.sebenarnya  jimat air x payah basuh pinggan banyak-banyak
-Hubungan suami isteri jadi bertambah erat sebab hari-hari gotong royong angkat air secara berduet.

2. Jimat belanja dapur
Mana tak jimat dah kalau hari-hari mencekik nasi putih n telur. Tak payah sibuk-sibuk nak beli ikan sayur bagai. Kalau tak telur mata nak special sket telur dadar. Sebab mengapa telur menjadi pilihan adalah karena senang nak masak guna non-stick pan yang mana aku hanya perlu lap ngan tisu jer untuk bersihkan pan tu.

layan lah gambo tong air kitaorg.

ini tong air kat check point untuk kitaorg yang kat area rumah baru

ini tong air kat check point untuk perumahan lama. mula-mula dulu kitaorg pun kena ambik air kat check point ni. tapi memang tak menyampai ke kkitaorg sebab kitaorg kat blakang nak g ke sini bercinta 

ini view dlm keta Savvy aku. seat blakang dah kasi cabut untuk memberi peluang kepada botol-botol air 




Wednesday, February 19, 2014

Result exam dah keluar...

Result exam dah keluar. Exam dari hujung Disember berakhir awal Januari. Sem ni aku rasa aku sangat rajin.Sem ni kerja keras giler. Kerja keras pada tahap aku lah. Kalau orang lain lagi 100x gigih banding aku. Boleh bangun pagi untuk blaja. Aku boleh jer bangun pagi  tiap-tiap hari tapi ntahlah aku ni ada badi tidur kot. Sebab bagi aku tidur adalah sangat penting. Aku lebih rela tahan perut yang lapar dari tak cukup tido. dahsyat tak aku...ataupun aku berpegang kepada kepercayaan yang mengatakan bahawa   untuk mendapatkan kecantikkan semulajadi kita mestilah mendapatkan tidur yang cukup ..(banyak lah aku.pandai sangat berkata-kata.itu semua adalah ALASAN....)

Sem lepas subjek yang aku ambik ada banyak kira-kira. so calculator dan aku sem lepas memang tak dapat dipisahkan. Sem baru ni tak tahu g nak ambik subjek apa since jadual x keluar lagi. Memang betul kata pepatah USAHA TANGGA KEJAYAAN...tak sia-sia bersengkang mata sampai pukul 3-4 pagi blaja. Tak sia-sia balik rumah pukul 3 pagi sebab study group. Siap bawak aireen lagi g blaja. Mak-mak sangat kan. Itulah naluri keibuan. Ceewahhh..macam poyo jer. Padahal aireen yang sibuk nak ikut.

ALHAMDULILLAH walaupun result aku x der lah flying colour sangat tapi aku sangat bersyukur sebab aku lulus semua subjek. emm..adik-adik yang baca blog nie (macamlah aku ramai follower..perasan sangat!!!) jangan ikut macam akak ek. blaja biar dapat result gempak. jangan sekadar melepas kahak kat tangga . yer lah kahak...kalau batuk lepas tu x nampak dah. kalau kahak kita lepaskan kat tangga bila dah kering masih nampak g. macam result exam kita lah. sampai bila-bila pun masih leh tengok g result itu. hah kan mak-mak sangat sebab semua benda boleh dibebelkan. adui...aku dah makin tua.!!!

Syukur YA ALLAH diatas limpah rahmatmu keatasku. .....terima kasih kat adik-adik yang sudi membantu akak yang dah lanjut usia ni, TQ banget....hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian....







Monday, February 17, 2014

welcome 2014

emmm..dah nak habis pun Bulan Januari 2014, baru nak tulis entry pasal new year.  Kekangan masa sangat. 2 minggu pertama tahun 2014 sangat sibuk ngan final exam. So memang tidaklah ngadap PC. Tahun ni extra strunggle blaja sebab subjek yang aku ambik suma yang kena kira-kira. So kenalah berkira-kira untuk tidak menyeleweng masa kearah benda-benda yang agak kurang penting. wahhh gitew....

Tahun 2013 memang tahun yang sangat mencabar mental dan fizikal. Banyak sangat benda baru yang aku blaja dalam tahun 2013.  Awal tahun 2013 sibuk nak preapare untuk masuk rumah baru. Sebab masa tu developer cakap dalam bulan 6 dah boleh masuk. So masa tu sibuk lah nak survey2 pagar rumah, survey perabot2 rumah, boleh katakan masa tu suma yang berkaitan ngan rumahlah.

 Pastu tu dalam bulan Mei macam tu mak ngan bapak aku g umrah. Alhamdulillah tercapai gak hajat Bapak nak ke tanah suci. Mak ngan Bapa  ikut rombongan yang kawan Bapak organize. Sebab tu boleh lepas g. Sekarang ni kerajaan Arab Saudi tak nak terima pesakit dialisis kalo nak g buat haji. Kalau umrah tu pun kena pergi ngan orang yang ada contact ngan hospital kat sana. Takperlah Bapak..tak dapat nak g haji, umrah pun dah syukur sangat, AKU?? ntah bila ada rezeki nak g sana.

ambik gambo sebelum mak ngan bapak terbang

Balik jer dari Sarawak lepas settle mak ngan bapak g umrah, ntah angin bertiup dari mana aku ngan tiba-tiba teringin giler nak bukak kedai makan. Kebetulan masa tu ada modal so kononya dah jumpa lokasi yang strategik. Kitaorang pun start lah setting kedai makan. Mungkin perasaan hampa sebab setting untuk rumah baru terbengkalai. So kita setup kedai. Macam buat main masak-masak plak kan.  Banyak jugak dugaan yang kitaorang tempuh diawal pembukaan kedai. Dari renovation kedai sampailah nak carik pekerja.

Macam bosan jer aku wat entry ni sebab dah berapa kali nak post tapi kena draftkan dulu. Macam dah x der idea nak sambung apa. so biarlah gantung macam ni jer..hahaha blog aku suka hati aku lah kan...
peace yoooo!!!


Tuesday, February 26, 2013

hospital oh hospital...

Ahad lepas (24 February 2013) aku nekad suruh En Suami hantar pergi emergency Hospital Putrajaya sebab aku rasa memang tak sihat sangat. Nak bangun tak boleh, nak baring tak boleh, nak makan  nak minum memang idak ler dan yang buat aku tau aku sakit teruk sangat sebab aku dah tak boleh tido.  Standardlah kan untuk tahan sakit kita tido, so bila dah tak bole tido korang bayangkan macam mana rasa sakitnya yang aku rasa. Dari kepala turun ke telinga turun ke tekak, tulang belakang dan semua sendi. Rasanya last yang aku demam teruk macam ni masa tahun 2007 dulu. Itu rasanya demam ubah angin sebab masa tu aku baru posting ke semenanjung. Mungkin tak boleh terima lagi cuaca di Kuala Lumpur tu yang aku demam teruk tu. 

Aku pergi dalam pukul 11.30 dan sampai kat hospital tu dalam 11.40.alah dekat banget rumah aku ngan sepital tu. Pokoknya kalo mahu bersalin dalam perjalanan udah keluar babynya. Huhuhu.....mentang-mentang sambil taip entry ni sambil layan cerita indon.Kok ngomong indon gue...Aku soh En Suami drop kan jer aku nanti dah selesai aku call dia pick up. Bukannya apa, memang sedia maklum kalo kat sepital kerajaan walaupun tak ramai orang akan makan masa minimum 3-4 jam. Kesian kat si Aireen menunggu lama.

aku bagilah ic aku kat MA yang jaga triage tu. dia kata nanti dia panggil Aku pun masuk nak carik tempat duduk. Alamak! penuh lah pulak.Ok mungkin nasib aku kot dalam hati.Allah nak uji jer aku ni boleh sabar ker tak.Aku dengan dalam keadaan yang sangat tak ok ni pun tak peduli dah orang nak cakap apa, aku duduk atas lantai kat pintu masuk. Aku fikir kot-kot aku pengsan jap lagi senang orang perasan n kalo MA tu panggil nama aku senang aku dengar. 

TIK..TOK..TIK..TOK..kepala aku makin sakit. badan-badan aku makin sakit sebab duduk atas simen. Kat rumah baring atas tilam pun badan sakit ni apatah lagi duduk atas simen. aku tengok jam..12.30.emm, x de lagi panggil nama aku. takperlah bukan aku sorang jer yang sakit.mungkin orang lain lagi teruk kot sakitnya dari aku. tapi aku rasa masa tu nafas aku dah macam sempit, sesempir pemandangan aku. aku sabar lagi.

TIK..TOK..TIK..TOK..aku tengok jam...1.00 ptg. aik..biar betul....triage tak panggil nama aku lagi padahal dah sejam berlalu n aku boleh dengar jer suara diaorang borak-borak dalam tu. Dahlah pale aku pening, tambah lagi pening ngan budak-budak berlari-lari kat depan aku. Eh..eh..macam kat taman permainan pulak. Pelik betul aku ngaper lah mak bapak diaorang ni sibuk duk angkut anak-anak kecik g sepital beramai-ramai macam orang nak pergi picnic. Cumanya dia tak bentang tikar jer kat sepital tu.Budak kecik ada yang menangis, ada yang menjerit. Memang lah mak bapak dia risau sebab ada family members yang kena masuk emergency, tapi biarlah yang berkenaan jer yang ada kat situ. Yang lain biarlah tunggu kat rumah. Ini kak long, abang long, kak ngah, ang ngah, kak cik tok mak nenek semua berkumpul kat emergency tu. Hah itu jugak salah satu sebab nya aku kena duduk kat lantai. Yang sakit nya seorang, yang menghantar nya empat orang dah sudah empat-empat pakat duduk kat kerusi menunggu tu. Aku kalo tak sakit tak der herannya nak duduk kat kerusi tu. Bukannya sedap pun. Kusyen dah lah keras. Kerusi pulak tak boleh ejas-ejas. Tapi masalahnya hari tu aku sakit jadi macam teringin sangat nak duduk kat kerusi menunggu tu sambil menyandarkan kepala aku yang berat macam ada terikat sauh.

TIK ...TOK..TIK...TOK...macam cerita kartun budak-budak plak...aku tengok jam 1.25 ptg. Owh...x bleh jadi ni...x kan aku nak kena tungu 15 jam lagi.kalo macam tu elok-elok umur aku ni panjang lagi boleh jadi pendek dibuatnya. Aku call En Suami soh ambik aku g sepital lain. Aku dalam hati nak membebel kat MA tu, tapi nasib baiklah Allah memelihara lagi akal dan fikiran aku tak tertewas ngan bisikan syaitan. Aku g kaunter cuma cakap "Encik, saya nak ic saya balik"...MA tu dah buat muka serba salah.Buat ayat manis-manis tanya nama aku. N konon g ambik IC n tanya baik-baik nama aku. Aku sebab takut tertewas ngan godaan syaitan dia tak habis cakap lagi aku dah rampas ic aku dari dia. Aku rasa kalo aku bukak jer mulut ti tertewas lah aku. ALHAMDULILLAH.....sib baik aku menang. hahahahahahahah....

Encik Suami sekali lagi jadi hero aku semalam. Beliau bawak keta macam biasa jer. Tapi dia lah penyelamat semalam sebab bawak aku pergi sepital...x der lah laju-laju tapi  terus kitaorang g sepital kat area Bangi. Tak sampy 20 minit duduk dah panggil nama dan tak sampai 30 minit aku dah duduk dalam kereta siap untuk balik rumah. Kalaulah aku tahu..awal-awal lagi aku pergi sepital tu. Itulah DUGAAN namanya kan...

Mula-mula kononya aku bajet pergi emergency Hospital Putrajaya senang sebab dekat ngan rumah. Kot-kot aku kena admit ker sebab aku risau gak aku kena denggi. Dan yang paling penting, sebab utamanya yang aku pergi hospital kerajaan ni ala-ala poyoooo sikit...konon support kerajaan...yakin dengan perkhidmatan yang diberikan hospital kerajaan. skali HAMPEH! padan muka aku. Tapi kadang-kadang aku rasa kan diaorang ini sebenarnya sengaja melambat-lambatkan kalau patient pergi hospital kerajaan bukan apa, biar petient ni berubah arah pergi ke hospital bayar dimana doktor-doktor kerajaan ni ramai yang buat part time kat klinik-klinik private dan hospital-hospital private nie. Tapi aku tak salah kan doktor, slalunya masalah nya adalah di front desk. Itu yang aku sakit hati sangat ngan misi-misi sepital kerajaan nie.

Tapi bukan semua hospital..........emmm nanti sambung kat entry satu lagi....

countdown...

countdown...

www.google.com