Wednesday, February 19, 2014

Result exam dah keluar...

Result exam dah keluar. Exam dari hujung Disember berakhir awal Januari. Sem ni aku rasa aku sangat rajin.Sem ni kerja keras giler. Kerja keras pada tahap aku lah. Kalau orang lain lagi 100x gigih banding aku. Boleh bangun pagi untuk blaja. Aku boleh jer bangun pagi  tiap-tiap hari tapi ntahlah aku ni ada badi tidur kot. Sebab bagi aku tidur adalah sangat penting. Aku lebih rela tahan perut yang lapar dari tak cukup tido. dahsyat tak aku...ataupun aku berpegang kepada kepercayaan yang mengatakan bahawa   untuk mendapatkan kecantikkan semulajadi kita mestilah mendapatkan tidur yang cukup ..(banyak lah aku.pandai sangat berkata-kata.itu semua adalah ALASAN....)

Sem lepas subjek yang aku ambik ada banyak kira-kira. so calculator dan aku sem lepas memang tak dapat dipisahkan. Sem baru ni tak tahu g nak ambik subjek apa since jadual x keluar lagi. Memang betul kata pepatah USAHA TANGGA KEJAYAAN...tak sia-sia bersengkang mata sampai pukul 3-4 pagi blaja. Tak sia-sia balik rumah pukul 3 pagi sebab study group. Siap bawak aireen lagi g blaja. Mak-mak sangat kan. Itulah naluri keibuan. Ceewahhh..macam poyo jer. Padahal aireen yang sibuk nak ikut.

ALHAMDULILLAH walaupun result aku x der lah flying colour sangat tapi aku sangat bersyukur sebab aku lulus semua subjek. emm..adik-adik yang baca blog nie (macamlah aku ramai follower..perasan sangat!!!) jangan ikut macam akak ek. blaja biar dapat result gempak. jangan sekadar melepas kahak kat tangga . yer lah kahak...kalau batuk lepas tu x nampak dah. kalau kahak kita lepaskan kat tangga bila dah kering masih nampak g. macam result exam kita lah. sampai bila-bila pun masih leh tengok g result itu. hah kan mak-mak sangat sebab semua benda boleh dibebelkan. adui...aku dah makin tua.!!!

Syukur YA ALLAH diatas limpah rahmatmu keatasku. .....terima kasih kat adik-adik yang sudi membantu akak yang dah lanjut usia ni, TQ banget....hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian....







No comments:

Post a Comment

countdown...

countdown...

www.google.com