Saturday, May 31, 2014

Pujaan hati version 2014

Sebelum ni aku pernah buat entry pasal pujaan hati kat entry kalaulah....

Nampak dah muka pojaan hatiku??? emm..x der lah sehensem Omar Borkan al-Gala ke, Aaron Ajis ke..i just like him for what he is.  Hari ni dah genap 5 tahun hidup bersama (31 Mei 2009). Suka duka, pahit manis dan garam-garam kehidupan (garam dirasa bersama sebab bila terlebih bubuh garam time masak) dah kami rasa bersama. Saat-saat  sihat dan saat-saat sakit kami bersama.  Alhamdulillah  Ya Allah kerana memberikan aku TEMAN yang boleh aku jadikan sebagai tempat bergantung (jangan imagine gantung macam monyet plak ye...), tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat meluahkan perasaan dan tempat aku gaduh-gaduh manja gitu.

Asam,garam, pahit dan manis dalam hidup berumah tangga ada pasang dan surutnya. Sangat ajaib kalau sebuah rumah tangga tu tak pernah ada perbalahan. Cumanya perlu ada seorang yang mengalah dan pandai control situasi. Aku tak kata aku pandai. Dengan pengalaman yang baru tahap-tahap benih nak bercambah dalam arena berumah tangga ni itulah yang aku rasa best solution kalau ada masalah dalam rumah tangga. Kalau betul masih sayangkan rumah tangga perlulah pandai menanam sikap beralah. Aik kenapa aku banyak guna perumpamaan tanam menanam nie???, pokok benih... bercambah...emm..pengaruh hobi baru nie. Mentang-mentang dah ada mini kebun kat belakang rumah. Nanti aku wat entry pasal mini kebun blakang rumah plak ye.

Apapun percayalah apa yang Allah berikan kat kita selalunya adalah yang terbaik buat kita.



perasan tak dua-dua gamba pojaan hatiku peace?? Ini penangan si Aireen. Bergambo je kena peace...





Monday, May 19, 2014

Favourite staff vs unfavourable staff




Sedih kan dengar lagu tu. Malam tadi time baca notes tentang HRM aku terus teringat situasi kerja aku 4-5 tahun lepas.  Terus sampai tak leh tido malam tadi. Punyalah perasaan aku terkesan ngan situasi kerja masa lampau aku tu sampai tacing giler di hatiku ini.

Biasalah memang orang cakap kalau dapat bos pompuan agak payah sebab pompuan suka beremosi. Tapi kadang-kadang aku rasa tak kisahlah bos tu pompuan kaa..laki-laki kaa...bos sepatutnya buat keputusan yang tak dipengaruhi oleh orang lain. Macam tulah kejadiannya yang menimpa aku. Aku yang pembantu peribadi ni pun orang leh cantas depan bos acaner tu??? Macam takder fungsi lah aku ni. So alang-alang orang dah anggap kita tak berfungi...kita betul-betul wat kita x berfungsi. Tapi masalahnya bila sesuatu pekerjaan tu x der orang nak buat aku nilah yang jadi mangsa.  Time tulah adalah beberapa orang kitaorang ni yang bukan favourite bos.

Buatlah kerja berat mana pun sebelah mata bos tak pandang. Tak cakap apa pun. Tapi bila insan-insan terpilih buat kerja yang seringan angkat kertas A4  satu rim dia punya kecoh kata kawan tu buat kerja macam nak runtuh bangunan opis tu. Aku taulah aku ni kuli..tapi sekurang-kurangnya hargailah apa yang aku buat. Pernah sekali time kena hantar buku ke pejabat menteri untuk mesyuarat. Buku tu buku tahap-tahap kamus dewan bahasa punya tebal. Satu rim cuma ada 5 buah. Tapi dia punya berat mcm beras 10kg satu rim. Time tu kena hantar 30 rim. So pergilah kitaorang kuli-kuli ni hantar. Masa tu cume pergi bertiga. Seorang hero dan dua orang heroin (aku ler tu..) Bilik mesyuarat dekat tingkat 2 kebetulan plak masa tu lif rosak. Lif dah lah cuma ada seketul tu.  So..apa yang kitaorang buat sebab komited terhadap pekerjaan konon...kitaorang naik tangga. Angkutlah sorang satu sampai naik tingkat 2. Dah namanya pun heroin yang g. Berapa rim jer yang dapat diangkat sekali jalan. Satu rim bagi setiap heroin dan dua rim untuk hero sekali perjalanan. So turun naik turun naik sampai rasa nak muntah. Akhirnya siap angkat. Balik opis bgtau lah bos knp lama sangat g hantar buku.Kitaorang cakap lah lif rosak. Kena angkat satu-satu. Bos pun satu perkataan x cakap apa. OKlah aku tak kisah sebab aku memang ikhlas wat kerja. Agak menganjak ke petang tiba-tiba dengar bising-bising kat luar. Dengar ayat yang manis sangat bunyi nya " Alah kesiannya anak dara saya ni angkat kotak berat sorang-sorang. Tak der orang nak tolong". Aku pun keluar dari bilik. Nak tengok gak siapa yang kerja berat tu x der orang nak tolong. Berat sangat ker ingat cam nak tolong. Skali aku tngk beliau tu cuma angkat kotak A4 yang ada satu rim kertas A4 yang diambik dari bilik potostet sebab nak bagi kat bos. OMG....masa tu terus aku cam berapi giler. Owh,....aku angkat buku berat2 turun naik tangga ko tak cakap apa pun. Terus rasa macam apa ntah..aku pun x reti nak cakap perasaan aku time tu. Kejadian macam tu bukan jadi sekali...berkali-kali. Yang aku cerita ni sebab ni antara yang aku ingat sebab masa tu memang penat giler dan memang aku sakit hati giler giler giler lah.

Kalau favourite staff buat apa pun tak pe. Pagi keluar g klinik petang keluar lawat kawan kat sepital tidak menjadi sesuatu hal bagi bos. Tapi kalo yang unfavourable ni pagi bawak anak g klinik. Masuk opis balik dalam pukul 11.30. Lepas tu akan terdengar cakap-cakap belakang cakap selalu keluar opis. Selalu takderkat opis. Tu satu...

Dua,
Kesayangan buat kerja macam apa pun x per. Biarlah salah sebesar mana pun. Ayat yang keluar dari mulut bos " Nak buat macam mana dah salah. Semua orang pun buat salah". Cuba kalo yang bukan kesayangan...Walhal yang bukan kesayangan ni cuma tahap buat pruf reading jer..Boleh pulak nama yang bukan kesayangan ni dipetik masuk dalam mesyuarat pengurusan bagitau kat semua pengarah-pengarah bahagian kata yang si anu ni buat salah.  Macam mana tue???

Tiga,
Kalau time jamuan kalo kesayangan takder jamuan x leh buat. Yang bukan kesayangan ni time jamuan dah nak setat baru tau yang ada jamuan. Itupun tau sebab orang mintak tolong soh potong buah, bancuh air, kemas pantry...

Pokoknya kalo diingat balik memang rasa macam sangat sakit hati. Tapi takperlah..benda dah berlalu dan sekarang ni aku bahgia kat tempat baru.....



Thursday, May 15, 2014

aku dan motosikal

Motosikal dan aku memang tak apat dipisahkan. Aku start pandai bawak motor time umur 11 tahun lagi. Rock tak aku??Itupun aku first time bawak motor sendiri-sendiri. Takder orang ajar. Masa tu motor bapak aku tinggal kat rumah. Takder orang so aku try start.Try start skali hidup plak enjin motor tu. Aku pun masuk lah gear satu. Hebat tak...x payah orang ajar. Terrer semulajadi dah aku ni. Alah belajar melalui pemerhatian lah. Dok tengok orang bawak motor ambik ilmu sikit-sikit. Lagipun masa tu zaman belia remaja mana nak tau reti takut. Semua jalan janji hati bahgia.

First motor yang aku bawak Yamaha 100. Tu motor abang aku. Selalu lah ken kidnap ngan aku. Pakai curi-curi. Masa tu abang aku dah tak berapa nak sayang motor dia sebab dia dah sibuk ngan kereta. so aku pun bedal. Tapi tak lama aku beronggeng ngan motor tu sebab rosak n abang dsan bapak aku tak nak repair sebab tak nak bagi langkah aku panjang.




Second motor aku bawak motor Modenas. Model apa aku tak tau. Tapi rasanya satu jer motor brand modenas zaman tu. Ni motor bapak aku. Beliau beli sebab nak kene berulang dari Kuching ke Samarahan. Masa tu beliau naik pangkat kena transfer. Jauh gak perjalanan ada dalam sejam sengah jugak lah. So kalo bapak aku dh balik petang dalam kol 6 aku dah setat ronda-ronda kat kawasan perumahan. Dengan motor nilah aku accident patah kaki. Accident tersagat bontot kat jalan. Wuh ...memang kenangan. Nanti aku cerita plak pasal aku accident yer...

Masa aku tingkatan 4 aku dah setat bawak motor g sekolah. Masa tu bawak motor kapcai kepala bulat. Legend giler aku bawak motor ni. Motor ni motor lama. First motor bapak aku beli time dia baru kawen ngan mak aku. Aku hantar kedai repair dan dengan rasminya motor itu saya yang punya!!!...(gelak besar sebab dah ada motot sendiri. walopun moto buruk..) Dengan motor ni lah aku g sekolah sampai Tingkatan 5. Banyak kenangan ngan motor ni. Pernah sekali masa balik dari bercamping ngan kawan-kawan aku, penutup minyak motor boleh jatuh tergolek atas jalan. Aku pun pelik macam mana boleh penutup minyak tu jatuh padahal bawah seat. Sampai sekarang masih lagi ada tanda soal besar dalam kepala aku tentang kejadian tu.

Masuk Tingkatan 6 aku bawak balik Yamaha 100 abang aku. Sekolah aku time Tingkatan 6 agak jauh dari rumah so macam tak padan nak bawak kapcai kepala bulat aku tu jalan jauh-jauh. Pakai Yamaha 100 tu sampai aku habis Tingkatan 6 dan aku dah kerja kat legal firm.

Masa dah keje kat legal firm dah ada pakwe so x bawak motor sendiri dah. Pakwe ambik n hantar g keje. Bahgia je rasa kan. Hahaha...Nati entry akan datang aku cerita plak jenis-jenis motor bekas-bekas pakwe aku. Wah...mcm banyak sangat pakwe aku...Takderlah banyak SANGAT. tapi lebih dari satu lah...hahahhaa

Aku datang Kola Lumpo ni tahun 2007. Dari aku sampai  kola lumpo Sampai tahun 2014 ni baru aku berani bawak motor.  Sekarang aku bawak motor Modenas Elegen 150 cc. Ni moto en Suami. Bestday present dia aku bagi time baru-baru kawen dulu.  Mula-mula dulu tobat aku memang tak berani nak bawak moto kat Kola Lumpo ni. Tengok keta laju-laju. Mana tak seram. Ntah macam mana hari tu try bawak motor en suami ni macam best plak. Macam layan plak...try bawak g opis. Macam lepas...macam bahgia ...so try bawak p jauh sikit. G bawak time kelas. Kalo bawak keta g kelas bapak jem n susah nak parking. Bawak motot g kelas bahgia nye perasaan. X payah tempuh jem n x de masalah parking...Aku BAHGIA..!!!!





Monday, May 12, 2014

hari ibu 2014

                                                                  SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu untuk aku.Tahun ni dah 4 kali dah merasa Hari Ibu. Tapi aku x der lah sambut. Setakat ucapan Selamat Hari Ibu dari encik suami dan budak kecik perasan dia Princess jer yang menghiasi Hari Ibu aku.  Aku pun malas nak beriya-iya sebab aku dapat rasakan yang encik suami tengah rindu kat arwah mak dia. Mak mertua aku baru meninggal dalam setahun setengah. Maunya encik suami tak rindu sebab dulu dia memang jenis yang akan call mak dia hari-hari. Paling koman pun sehari sekali mesti dia akan call mak dia. Aku?? x der lah nak call mak aku hari-hari. x de benda nak cakap pun. Selang 2-3 hari aku call lah mak aku. Mak aku pun ok jer.Lagipun aku memang bukan jenis yang rapat ngan mak sangat. Biasa-biasa jer. Sebab aku anak fav bapak. But still x der calling-calling bapak hari-hari.

Kat FB punya timeline aku tengok ada orang siap dapat hadiah lagi sempena Hari Ibu. Jadi lebih speciallah bila dapat hadiah kan.  Tapi bukan itu ukuran kasih sayang kita kat mak kita. Mak kita pun x mintak semua tu. Yang dia mintak kita sentiasa ingat kat dia. 

Dah jadi mak ni baru aku tau macam mana perasaan mak bila kita buat benda yang tak senonoh. Aku rasa zaman aku  naik remaja mak aku sangat stress ngan aku. Mana taknya aku sangat nakal. Ponteng sekolah, ponteng tuisyen kawan ngan budak ntah apa-apa. Tapi alhamdulillah aku jadi manusia yang ada tujuan dalam hidup berbanding dengan kawan-kawan aku ramai yang lagi hanyut dari aku. Itu semua sebab EMAK. Kalau mak tak rotan aku, tak cubit aku sampai lebam-lebam, x kurung aku memang tak lah aku jadi macam ni sekarang. Terima kasih mak sebab menjadikan aku seorang manusia. A
nd now its my turn tu colour my own pewincess. Cabaran yang akan aku tempuh tak dapat lagi aku bayangkan buat masa ni. Hopefully semuanya ok-ok aja.....insyallah


pic ni masa mak nak g haji tahun 2011

countdown...

countdown...

www.google.com