Wednesday, August 3, 2011
isteri solehah...
agak lama aku nak tulis pasal topik ni.cuma ntahlah ngaper aku tak rajin plak nak menaip entry ni. cumanya topik ni selalu jer dalam fikiran aku. beberapa minggu sebelum bulan puasa ramai ler orang buat tahlil. kat area rumah aku tu boleh kata berturut-turut tiap malam jumaat sampai malam ahad ade jer jemputan. nak tak nak terpaksa lah g. kang orang kata kera sumbang lak.tak campur ngan jiran tetangga. kalo en suami tobat tak g. ntahlah..dah memang peysen dia kot.lantak arr..janji aku dah penuhi jemputan orang. dosa kan kalo tak g bila orang dah jemput dan untuk kita menghadirkan diri tu takder halangan.wajib kena g.
dalam kenduri tahlil tu tuan punya rumah jemput gak geng-geng pejabat dia dan of couse ler aku tak kenal. nak dijadikan cerita, adalah sorang kakak ni aku rasa umur dia awal 30-an sebab ada anak kecik umur 6 bulan (umur baby tu aku tau sebab dengar dia cakap kat kawan dia masa diaorang tanya umur baby tu. bukan aku bz body yek..cuma terdengar). anak kakak ni ada 6 orang termasuk baby tadi. kakak ni ala-ala orang yang warak lah kot.sebab pakai tudung labuh n suma anak-anak dia pakai tudung walaupun masih kecik sangat. so time makan semua pun orang sibuk berebut-rebut nak ambik makanan. aku tengok macam orang 10 hari tak makan tahap berebut-rebut dia.itulah dia orang kita, kalo g kenduri, macam 10 hari tak makan. nak wat macam mana kan...dah memang macam tu fi'il nya budaya kita.
bila kenduri sudah tentunya orang lelaki makan dulu. aku tengok kakak ni duduk jer sebab x daya nak berebut ngan orang lain. aku nak tolong pun tak daya. ngan si aireen ni pun dah tak menang tangan. sekali lalu lah si en suami setelah selesai mengisi perut kat dalam. azan isyak pun berkumandang.si baby tadi pun sibuk bila tengok abah dia. nak mintak dukung. si abah pun dukung. pastu si kakak tadi pun cakap kat suami dia "abang dukung dulu.saya nak g ambik makanan". agak terkejut aku bila si suami tu cakap macam ni " eh dah masuk waktu ni.saya nak g semayang kat surau.mana dapat nak dukung". sambil dia bagi balik baby tu kat bini dia.
tetiba jer aku rasa macam mendadak temper. takkanlah tak kesian kat bini. tahulah tak elok melambatkan solat. tapi tengok juga lah keadaan. dahlah si isteri tu tak makan g.nak kena jaga 6 orang anak.budak-budak dah merengek nak makan.aku plak yang terasa kecik hati.sampai hati betul suami dia buat bini dia macam tu.
kalo sampai macam tu tahap si isteri kena makan hati ngan perangai suami untuk dikategorikan sebagai isteri solehah...rasanya tak tercapai kot aku tahap tu. sekali dua mungkin boleh g buat tak tahu...tapi aku tengok situasi tu bukan sekali dua jer.rasanya dah memang suami dia lepas tangan jer bab jaga anak-anak.semua serah kat bini. apa dia ingat bini dia robot ker???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
woish, kalau akak pun xdpt laa nak tahan.. ingat perut dia sorg ja nak isi. perut isteri ni perut made from besi ke? huhuhuhuhu....
ReplyDelete