Wednesday, January 25, 2012

CITA-CITA

CITA-CITA ...rasanya kita mula kenal perkataan ini masa kita kat darjah satu g. ntah-ntah time kat tadika pun dah tau apa maksud cita-cita. Macam kat bawah ni...

                                                                               ini fav si aireen...


kat bawah ni antara cita-cita yang top 10 lah kalo tanya kat budak-budak...(masa zaman aku budak-budak dulu lah)









TAPI...budak-budak zaman sekarang ni dah laen.tak sama macam kita masa kecik dulu...sekarang cuba tanya anak-anak kita dah besar nanti nak jadi apa. kat bawah ni adalah beberapa jawapan top 5 daripada anak-anak zaman generasi Y ni...



emm..tiba-tiba plak macam dah malas plak aku nak berfikir..apapun..korang fikirlah sendiri...:P

Monday, January 23, 2012

encik suami 1st outing for 2012

wah...perkataan outing  tu bunyik nya macam en suami ni g makan angin plak. hari ni 23 Januari 2012, 1st outstation  untuk encik suami pada tahun naga ni. kali ni dia kena g Perak. Yerlah..kan nak buat sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina kat sana.
aku macam biasalah kalo encik suami nak g outstation mesti sibuk gak nak buat bekal kat dia. emm...isteri solehah lah katakan.huanahuanauhaua....geli plak ketiak aku. tapi memang itu adalah rutin aku kalo encik suami nak g outstation selain daripada kena kemas beg baju ngan beg peralatan kecantikan dia (emm..beg sabun + shampoo+ubat gigi dia ler..)kira kalo aku malas gila pun...boleh kata 2/10 lah aku miss buat bekal.rajin tak aku???mesti korang rasa macam kagum yang amat kat aku kan...
selalunya inilah bekal yang aku sediakan untuk encik suami.......
air kosong


roti gardenia..sungguh enak dimakan begitu saja...lalalala














dan of coz my specialities .............................                                                          


kek lumut...fav encik suami.sebab kek ni jer yang aku buat memang tak pernah tak sedap.....

Wednesday, January 18, 2012

hujan oh hujan...

Petang tadi hujan lebat kat Putrajaya tanah kesayanganku ( of coz lah tanah kesayangan sebab sekarang ni life aku almost 85% dispendkan kat Putrajaya, 15% kat Pekan, Pahang & 10% kat Kuching :P..). tiba-tiba terflash back time aku ngan encik suami selalu berulang-alik dari Putrajaya ke Kuala Lumpor dulu. Masa tu opis masih kat Wisma Sime Darby kat Jalan Raja Laut. Seawal pukul 6:30 pagi dah nak kena gerak dari rumah. Kalo time balik kerja pulak kena sharp. Sebelum mesin punch kad tu berbunyik aku dah kena stanby kat sebelah mesin tu.Bunyi jer benda alah tu aku kena cepat-cepat ketuk Boleh dikatakan tak habis lagi benda alah tu habiskan lagu dia aku dah sampai kat bawah.He..he..he.. Dah ready nak merempit. Huahuahaua...nasib baek ada bos yang sangat memahami situasi. SAAAAAYAAANGGGGG BOSS!! eh..eh macam nak bodek bos jer aku ni.Tapi masa tu bukan aku sorang jer macam tu. Pokoknya kitaorang yang duduk kat Putrajaya masa tu kena balik on the dot sebaik saja mesin punch kad tu bunyi.
Antara dugaan yang kitaorang pernah tempuh sepanjang perjalanan berulang-alik tu adalah kena merempuh hujan. Eh..eh..tempuh..merempuh..hehehe.Kalo hujan awal pagi dah kompom ler keluar guna kereta. Tapi awas bila panas yang disangkakan sampai ke petang rupanya hujang di tengah hari sampai petang. Nak tak nak kenalah tempuh juga hujan tu. Pernah sekali tu masa kat area TUDM jari jemari en suami terkena renjatan kilat. Kebas jugalah 2-3 hari.
Kena tiup dek angin masa kat atas highway mex tu pun macam mengerikan juga. Masa yang angin kuat tu kitaorg cuma boleh merempit lebih kurang 40km/j. aduiii....rasanya kalo masa tu ada pertandingan ngan kura-kura, kebarangkalian untuk dia mengalahkan kitaorang agak tinggi. rasa nak patah pinggan aku duduk atas motor sejam sengah. huwaaa...patotlah aku slalu sakit pinggang masa tu...
Masa nak potong ngan bas yang nak g LCCT tu pun boleh kira mengerikan. Mana taknya bas tu punyalah besar dan panjang.Takoooot wooo....
Pengalaman merempit berulang-alik Putrajaya -KL ni memang tak akan aku delete dari lipatan memori kehidupan aku . Tapi paling tak dapat nak lupa ialah .....balik kerja tak payah  nak tempuh JAM!!!

ini bukan lah  motor kitaorang


                                                         kitaorang cuma pakai motor ni jer



ini ekspresi muka aku time lambai tangan kat kawan yang tengah mengadap JAM





ini macam air muka kitaorang time nak potong bas LCCT



emm...yang ini kitaorang tak pernah buat...saja jer letak pic ni..nak kasi korang suspen
ini macam situasi kitaorang time nak g Darussalam atau pasar malam Putrajaya
ini mungkin situasi En Suami dalam masa 10 tahun akan datang time ambik anak-anak balik sekolah....huahauhaua




                                                                          

Thursday, October 6, 2011

hati tengah tenat....

salam salam salam...

dah habis dah raya. sibuk pulak sekarang musim haji . alhamdulillah emak aku dapat g haji. cuma agak sikit terkilan sebab bapak tak boleh nak g sebab kesihatan dia memang tak membolehkan dia untuk g haji. tak per lah.mungkin takder rezeki dia nak g sana.

patah hati bila dalam situasi dimana kita tak dihargai. situasi dimana orang yang tak buat apa-apa tapi dijunjung, dipuji dan diljulang tingi melangit.pelik tapi benar tapi itulah realiti kehidupan.

kita yang bermatian buat kerja orang pandang hujung mata pun tidak. tapi mungkin sesuai dengan jawatan aku kot. cuma orang bawahan. aku bukan bos. aku bukan pangkat pegawai tinggi. cuma orang bawahan. cuma kuli angkat barang. cuma kuli buat kerja bila dah takder orang lain nak buat. emm...dah nasib badan.


bila hati terasa sebab benda macam tu, nilai keikhlasan nak buat kerja jatuh menjunam. ibarat macam  kalo kat bursa saham memang jatuh bangkrap. jatuh terduduk. agak payah nak pujuk hati balik untuk buat kerja dengan ikhlas. akhirnya aku pun dah tak rasa keseronokkan buat kerja. muka pun jadi ketat, jadi kelat bila tengok orang-orang pejabat.  adduiii.... cabaran kehidupan.







hati yang dah cedera mampukah hanya ditampal ngan plaster???

Wednesday, September 14, 2011

salam kemaafan....

salam kegemilangan...biar gemilang dan terbilang selalu. start dari orang sibuk-sibuk nak raya hari tu sampai sekarang orang dah sibuk-sibuk nak buat open house aku tak der pun nak post entry baru. maklumlah raya hari tu kurang mood + agak JK.
aku JK sebab masa seminggu lagi nak raya dapat berita tak best dari emak kat Sarawak yang bapak aku punya fistular (tiub yang digunakan untuk menyambungkan arteri ngan pembuluh darah, ntah betul ntah tidak tapi ini ler yang aku paham kegunaan benda alah tu) tak berfungsi.jadinya bapak ak tak buleh nak buat dialysis macam biasa.jadinya dia kena tebuk kat leher dia untuk buat dialysis. aku time dengar yang dia kena tebuk kat leher tu dah macam melayang-layang dah jantung aku. air mata jangan cakap ar. memang macam orang mintak maaf kat pagi raya. erk..orang nenges ker time mintak maaf pagi raya??aku jer kot.nampak sangat buat banyak dosa kat orang sepanjang tawun kan.sebab tu lah time mintak maaf tu nanges-nanges.
aku kurang mood sebab emm...tak yah cita ler sebab aku takder mood sebab memang aku takder mood. nak cita sebab aku takder mood pun tak de mood.macam mana tuh??
dalam kita bergaul ni kadang-kadang kita tak sedar kata-kata kita ker..perbuatan kita ker pernah buat orang kecik hati.kadang-kadang aku ni macam sedar jer yang aku dah buat orang sakit hati. tapi kadang-kadang sengaja aku buat sebab memang tujuan aku nak bagi orang tu sakit hati n  nak bagi dia sedar. baek gak niat aku tu. nak bagi orang yang berkenaan tu sedar yang orang busan dah kat dia. aku fed-up ker kat dia . kalo orang lain mungkin boleh g nak buat-buat layan perangai yang ntah apa-apa tuh but as for me kalo dahmemang tak buleh tahan aku luah gak. pergi ke laut ler kalo orang tu nak simpan dalam hati kata-kata aku.
T.A.P.I.....sempena hari baek bulan baek nih aku nak mintak MAAF ZAHIR & BATIN kat saper-saper yang pernah aku kecikkan hati, keterlanjuran kata-kata...keterambikan makanan  especially kat kawan-kawan opis aku...k.ziti, puan ijang, amy, zaf, sal & ros. aik..roslen pun ada masuk ini sesi bermaaf-maafan ker??/alamak!!!lupa plak kat bakal pengantin. cik hazlianayati . mintak maaf ye suma-suma...



psss: sori u guys..x der plak gambar kita dalam simpanan i. mana pei tah.x buleh nak uplod pic.

Friday, August 26, 2011

menjaga hati...

"biarkan aku menjaga perasaan ku woooh..wooh..wooohhh..." sumbang nyer sore aku bila nyanyi.macam apa tah.

selalu aku tertanya pada diri sendiri..perlu ker kita nak jaga sangat hati orang disekeliling kita??waema kita sendiri yang makan hati?? walaupun mulut aku cakap "persetankan hati ngan perasaan orang"...tapi hati aku tetap tak sampai hati nak cakap apa yang aku fikir. payah kan. selalunya aku ikutkan jugak ler rentak manusia.tapi rasanya kadang-kadang sampai makan diri. 

iyelah, bila kita cakap apa yang kita fikir orang cakap kita mengada-ada plak. nak itulah, nak ini lah. tapi iyelah, takkanalh  nak cakap terus terang. takkanlah nak cakap:-
-" x suka lah kat sini, tak selesa.nak mandi nak berak pun susah."
hissh...tak patut ler kot nak cakap macam tu.sememangnya tidak akanlah kita nak menuturkan  ayat-ayat kat atas tu .sebabnya nak jaga hati orang.  tapi pernah ada orang nak  jaga hati kita??? pernah ada orang nak tahu masalah ketidakselesaan kita. macam contoh ayat kat atas tu, ader ker orang lain nak ambik tahu kita ni x lalu nak berak pun sebab tempat tu tak selesa??ada??ada??ada x???




tension bila kena jaga hati orang....

countdown...

countdown...

www.google.com