Thursday, March 1, 2012

susah ker nak cakap "mintak maaf"...

"sorry ek".."saya mintak maaf"...payah ker kao nak cakap ayat tu kat orang especially bila kita dah buat salah???

pelik aku dengar bila ada manusia yang dah terang-terang buat salah tapi boleh buat tak tahu jer yang dia tu bersalah. boleh pulak main lepas tangan macam tu. bila org call tak nak angkat.orang SMS tak nak reply. apatah jenis manusia yang macam tu.

aku pun macam nak marah ler jugak bila member cerita pasal ada satu minah ni. dia ni meniaga. so kitaorang ni kononya nak membantu peniaga-peniaga yang baru mula nak menapak ni lah. order ler benda meniaganya tu dalam kuantiti yang banyak. si minah yang meniaga ni pun terima order. on the event day, dahlah order tak cukup. lepas tu pulak benda tu dah tak elok. macam manalah boleh sampai hati bagi benda tak elok kat orang. benda makan pulak tu. so member aku nak penjelasan daripada minah yang meniage ni. call tak angkat. sms tak reply. hangin satu badan dibuatnya.
dah hampir seminggu kejadian menyayat hati kitaorang ni, barulah malam tadi dia reply sms member. itupun lepas dia baca blog yang ngutuk-ngutuk dia. hahaha..padan muka...kena kutuk.jangan buat hal ngan orang-orang yang pandai menulis nih. sekali bukannya balas SMS nak mintak maaf. lagi nak marah-marah sebab orang kutuk dia. adakah patut. cuba at the 1st place dulu ko mintak maaf. maka takdenya lah terkeluar blog yang mengutuk dia tu. sekali lagi...padan muka ko!!...

Wednesday, February 29, 2012

budak-budak vs bedak

teringin sangat aku nak berceita pasal isu ni. rasa nya semua mak-mak pernah mengalami insiden berkaitan dengan bedak dan anak-anak.
 last week aku baca blog seorang kawan pejabat yang bercerita mengenai anak dia main bedak.memang dahsyt ler.aku ingatkan si budak kecik kat umah tu punya aktiviti main bedak dahsyat dah..tapi rupanya ada orang lain lagi dahsyat.
 nak tau cerita selanjutnya tentang gambar ni , silalah baca blog mak dia. 
kredit tu blog sayangizz.blogspot.com untuk pic ni.
aku suka sangat gambar tu.sebab tu aku copy gak gambar  nye masuk blog aku. 





Monday, February 27, 2012

breastfeeding punya cerita....

kali ni nak cerita pasal susu ibu. alhamdulillah aku berjaya mencapai cita-cita jangka pendek aku untuk menyusukan si budak kecik sampai umur dia 2 tahun. hari ini genap umur budak kecik 2 tahun 20 hari.
pagi tadi adalah kawan masa sekolah dolu-dolu bertanyakan pasal breastfeeding(bf) nie. aku ni takla arif sangat pasal bf. tapi bolehlah nak kasik advice based on experience aku.  so si kawan ni adalah yang tengah dalam pantang ni katanya nak try bf jugak.sebab katanya macam best bila tengok orang perah susu. ada jugak macam tu kan!!
kadang-kadang aku rasa emak-emak baru yang nak menyusukan anak ni macam tak ikhlas pulak nak menyusukan anak. Macam ada banyak sangat agenda terselindung.  Antara agenda-agenda terselindung yang paling comman aku dengar adalah :

1. Seronok bila tengok orang lain menyusukan anak
ini merupakan budaya suka mengikut. budaya ikut-ikutan




2.  Jimat duet. x payah spend duit beli susu mahal-mahal
belilah susu perpatutan dengan pendapatan.again ada unsur budaya ikut-ikutan kat sini. terikut-ikutkan kawan-kawan yang banyak duet beli susu mahal-mahal untuk anak diaorang





3. NAK KURUS!!!!
ini mereka yang beauty conscious. dah lumrah alam, kalo dah namanya dah kawen+dah beranak allignment memang tak akan ok. tapi kesian kan...sebab kalo pikir balik, maknanya pasangan dia tak boleh accept dia seadanya. sebab dia perlu maintainkan body untuk disukai+disayangi  oleh pasangannya. 



4. saja nak test market. boleh ker tak menyusukan anak



Masalah nya disini adalah.......aku kesian kat baby diaorang. Sebab baby tu tak dapat khasiat yang sebenar dari susu mak dia. Aku ada ikut ceramah keislaman menenai  Bf ni. Kata ustazah  tu...
 "Khasiat sebenar susu ibu bergantung kepada psikologi si ibu. walaupun si ibu mengambil segala suppliment yang diperlukan untuk menjana susu yang berkualiti tinggi  namun untuk melahirkan insan yang baik+yang bagus...NIAT si ibu adalah sangat penting"...

yeah....NIAT sangat penting yer puan-puan....

Wednesday, January 25, 2012

CITA-CITA

CITA-CITA ...rasanya kita mula kenal perkataan ini masa kita kat darjah satu g. ntah-ntah time kat tadika pun dah tau apa maksud cita-cita. Macam kat bawah ni...

                                                                               ini fav si aireen...


kat bawah ni antara cita-cita yang top 10 lah kalo tanya kat budak-budak...(masa zaman aku budak-budak dulu lah)









TAPI...budak-budak zaman sekarang ni dah laen.tak sama macam kita masa kecik dulu...sekarang cuba tanya anak-anak kita dah besar nanti nak jadi apa. kat bawah ni adalah beberapa jawapan top 5 daripada anak-anak zaman generasi Y ni...



emm..tiba-tiba plak macam dah malas plak aku nak berfikir..apapun..korang fikirlah sendiri...:P

Monday, January 23, 2012

encik suami 1st outing for 2012

wah...perkataan outing  tu bunyik nya macam en suami ni g makan angin plak. hari ni 23 Januari 2012, 1st outstation  untuk encik suami pada tahun naga ni. kali ni dia kena g Perak. Yerlah..kan nak buat sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina kat sana.
aku macam biasalah kalo encik suami nak g outstation mesti sibuk gak nak buat bekal kat dia. emm...isteri solehah lah katakan.huanahuanauhaua....geli plak ketiak aku. tapi memang itu adalah rutin aku kalo encik suami nak g outstation selain daripada kena kemas beg baju ngan beg peralatan kecantikan dia (emm..beg sabun + shampoo+ubat gigi dia ler..)kira kalo aku malas gila pun...boleh kata 2/10 lah aku miss buat bekal.rajin tak aku???mesti korang rasa macam kagum yang amat kat aku kan...
selalunya inilah bekal yang aku sediakan untuk encik suami.......
air kosong


roti gardenia..sungguh enak dimakan begitu saja...lalalala














dan of coz my specialities .............................                                                          


kek lumut...fav encik suami.sebab kek ni jer yang aku buat memang tak pernah tak sedap.....

Wednesday, January 18, 2012

hujan oh hujan...

Petang tadi hujan lebat kat Putrajaya tanah kesayanganku ( of coz lah tanah kesayangan sebab sekarang ni life aku almost 85% dispendkan kat Putrajaya, 15% kat Pekan, Pahang & 10% kat Kuching :P..). tiba-tiba terflash back time aku ngan encik suami selalu berulang-alik dari Putrajaya ke Kuala Lumpor dulu. Masa tu opis masih kat Wisma Sime Darby kat Jalan Raja Laut. Seawal pukul 6:30 pagi dah nak kena gerak dari rumah. Kalo time balik kerja pulak kena sharp. Sebelum mesin punch kad tu berbunyik aku dah kena stanby kat sebelah mesin tu.Bunyi jer benda alah tu aku kena cepat-cepat ketuk Boleh dikatakan tak habis lagi benda alah tu habiskan lagu dia aku dah sampai kat bawah.He..he..he.. Dah ready nak merempit. Huahuahaua...nasib baek ada bos yang sangat memahami situasi. SAAAAAYAAANGGGGG BOSS!! eh..eh macam nak bodek bos jer aku ni.Tapi masa tu bukan aku sorang jer macam tu. Pokoknya kitaorang yang duduk kat Putrajaya masa tu kena balik on the dot sebaik saja mesin punch kad tu bunyi.
Antara dugaan yang kitaorang pernah tempuh sepanjang perjalanan berulang-alik tu adalah kena merempuh hujan. Eh..eh..tempuh..merempuh..hehehe.Kalo hujan awal pagi dah kompom ler keluar guna kereta. Tapi awas bila panas yang disangkakan sampai ke petang rupanya hujang di tengah hari sampai petang. Nak tak nak kenalah tempuh juga hujan tu. Pernah sekali tu masa kat area TUDM jari jemari en suami terkena renjatan kilat. Kebas jugalah 2-3 hari.
Kena tiup dek angin masa kat atas highway mex tu pun macam mengerikan juga. Masa yang angin kuat tu kitaorg cuma boleh merempit lebih kurang 40km/j. aduiii....rasanya kalo masa tu ada pertandingan ngan kura-kura, kebarangkalian untuk dia mengalahkan kitaorang agak tinggi. rasa nak patah pinggan aku duduk atas motor sejam sengah. huwaaa...patotlah aku slalu sakit pinggang masa tu...
Masa nak potong ngan bas yang nak g LCCT tu pun boleh kira mengerikan. Mana taknya bas tu punyalah besar dan panjang.Takoooot wooo....
Pengalaman merempit berulang-alik Putrajaya -KL ni memang tak akan aku delete dari lipatan memori kehidupan aku . Tapi paling tak dapat nak lupa ialah .....balik kerja tak payah  nak tempuh JAM!!!

ini bukan lah  motor kitaorang


                                                         kitaorang cuma pakai motor ni jer



ini ekspresi muka aku time lambai tangan kat kawan yang tengah mengadap JAM





ini macam air muka kitaorang time nak potong bas LCCT



emm...yang ini kitaorang tak pernah buat...saja jer letak pic ni..nak kasi korang suspen
ini macam situasi kitaorang time nak g Darussalam atau pasar malam Putrajaya
ini mungkin situasi En Suami dalam masa 10 tahun akan datang time ambik anak-anak balik sekolah....huahauhaua




                                                                          

Thursday, October 6, 2011

hati tengah tenat....

salam salam salam...

dah habis dah raya. sibuk pulak sekarang musim haji . alhamdulillah emak aku dapat g haji. cuma agak sikit terkilan sebab bapak tak boleh nak g sebab kesihatan dia memang tak membolehkan dia untuk g haji. tak per lah.mungkin takder rezeki dia nak g sana.

patah hati bila dalam situasi dimana kita tak dihargai. situasi dimana orang yang tak buat apa-apa tapi dijunjung, dipuji dan diljulang tingi melangit.pelik tapi benar tapi itulah realiti kehidupan.

kita yang bermatian buat kerja orang pandang hujung mata pun tidak. tapi mungkin sesuai dengan jawatan aku kot. cuma orang bawahan. aku bukan bos. aku bukan pangkat pegawai tinggi. cuma orang bawahan. cuma kuli angkat barang. cuma kuli buat kerja bila dah takder orang lain nak buat. emm...dah nasib badan.


bila hati terasa sebab benda macam tu, nilai keikhlasan nak buat kerja jatuh menjunam. ibarat macam  kalo kat bursa saham memang jatuh bangkrap. jatuh terduduk. agak payah nak pujuk hati balik untuk buat kerja dengan ikhlas. akhirnya aku pun dah tak rasa keseronokkan buat kerja. muka pun jadi ketat, jadi kelat bila tengok orang-orang pejabat.  adduiii.... cabaran kehidupan.







hati yang dah cedera mampukah hanya ditampal ngan plaster???

countdown...

countdown...

www.google.com