Monday, May 23, 2011

kita mudah lupa...

amboi mak minah lah sayang...jalan berlenggang..huahuahua sedap gak telinga bila sekali-sekala dengar lagu lama.skali aku terlupa plaks nak menghupdatekan blog aku. kononya banyak kerja yang nak diusaikan. kerja sibuk baca novel yg tebal nya boleh buat tukun bot laut dalam. dahsyat tak aku boleh baca buku cerita tebal-tebal. DAHSYAT!!!...
salam kebahagiaan.moga hari yang mendatang dalam hidup kita akan lebih bahagia dari hari ini dan berbeza sekali bahagianya dengan hari-hari yang pernah kita lalui sebelum ini. bunyi macam bahagia sangat lah aku nie. alhamdulillah. aku bahagia sangat bila tengok si aireen meratah satu mangkuk biskut ikan, aku bahagia bila aireen nanges nak susu, aku bahagia bila aku kena jerit-jerit kat dapur sebab aireen sibuk nak main ngan kuali, sudu ngan garfu.
 ALHAMDULILLAH YA ALLAH di atas segala rahmat yang ENGKAU berikan kepadaku.

satu Malaysia dikejutkan dengan  tragedi sayu di penghujung minggu ini. emm...mengapalah minggu ini ditamatkan dengan cerita yang sayu itu. Trajedi runtuhan tanah kat Hulu Langat. Masa aku dengar je berita tu dalam tv, jangtung aku dah berdegup kencang.Ya ALLAh, anak-anak yatim ditimpa musibah. 16 orang terkorban dan berapa bilangan yang cedera aku tak tahu dan rasanya aku memang tak nak ambil tahu.Sedih..pilu...hiba...itulah perasaanku yang dapat aku gambarkan. tiap kali keluar jer berita kat tv mengenai trajedi itu. cepat-cepat aku tukar siaran. air mata siap bertakung. issh...lemah nya aku.takziah untuk keluarga mangsa dan al-fatihah untuk mangsa yang terkorban.

Monday, April 18, 2011

berhati-hati dijalan raya...

salam sejahtera...hari ni moga-moga kita bertambah cemerlang.jadi antara yang terbilang dan tak terbilang dek jari-jemari pencapaian kita!!!! perrgghh ayat. apgi tadi beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang Putrajaya dah dibasahi titisan air dari langit. wadduh syahdu woo nak angkat dari peraduan. semenangnya menguji keimanan, mental & fizikal. dengar jer alarm berbunyi dalam hati aku dah macam berkira-kira  nak g kerja ker tak.aku tengok muka si aireen tido sambil ternganga mulutnya tue nampak cam best. adduh...tak buleh cuti saje-saje. sayang coti. lagipun takut plak ada dinding-dinding yang berbunyi nanti. "cat nie asyik coti jer"..."cat ni slalu tak datang keje"....aku gagahi jugaklah untuk bangun walaupun hati aku berat giler. ibarat kena ikat ngan batu 20kg.
aku kalau time-time hujan ni takut sangat nak driving. especially kat highway MEX tue. highway tu kalau tak hujan pun banyak kereta terbabas inikan pulak time hujan. itu yang buat aku ngeri. sentiasa tiap kali aku kat atas highway tu mengingatkan diri supaya tahap kepekaan di aras yang tinggi. aku kalo time atas MEX memang aku punya tahap berjaga-jaga tu agak tinggi. bukan apa, tak kita langgar orang, orang langgar kita. tapi kalo tak berlanggar pun buleh terbabas. speed aku kalo atas MEX paling laju pun aku berani bawak 130km/h (kononya nak jadi pemandu berhemah).kalo aku rasa macam dah terover meter berpusing aku kurengkan ler kelajuannya.macam-macam kes terbabas aku pernah tengok kat MEX tu. past 2 week, ada kereta terbakar dan pemandunya meninggal. adui...seram wo!!
satu perkara yang aku tak gemar sangat kat highway MEX ni, ngaper ler ada pemandu yang bawak 60-80 km/h tu duduk lane tengah.padahal lane kiri tu lengang. kosong. takder kereta. tak ker diaorang ni rasa bahaya kalo orang nak memotong. kompom-kompom dah orang yang bawak kereta kat lane kanan tu dia punya speed tu tak payah nak cakap ler. diaorang bawak 60-80 kat tgh-tgh. susah ler orang nak motong. lain ler kalo kereta buatan mesia ni dia punya pick up tu cepat nak dapat. kalo dah kita follow kereta kat kane tgh 80km/h nak motong ke kanan, kereta lane kanan dah speed nya 120km/h. bahaya woo...bukan kat org yang memotong tu jer, malahan bahaya kat orang yang terhegeh-hegeh bawak kereta kat tgh tadi. takkanlah tak ingat time belajar masa ambik lesen dulu.linekanan adalah untuk memotong. bukan line untuk bawak laju. line tgh kena bawak 80-100 km/h.

Friday, April 15, 2011

time to refresh

perrghhh...macam bersemangat sangat Aku nak membuat penjenamaan semula kepada blog Aku nie. memang sangat teragak lamanya Aku tak post new entry kat blog Aku. ada problem ngan server Aku. buka boleh tapi tak buleh post. buka website yer..bukan bukan mende lain. takut pulak disalah ertikan. maklumlah kan banyak orang yang suka melucahkan situasi. semua benda pun nak dikaitkan dengan kelucahan. apo kehey nya macam tue. hairan teman.kalo lelaki yang melucah tu buleh lagi lah nak diterima akal.sebab memang nya lumrah lelaki nie gatal nya terlebih dari pompuan. maklumlah nafsu nya satu.tapi kalo pompuan, MASYALLAH!!! malu saya dibuatnya (baca ikut tiun iklan gigi palsu tu ye!).aik, apasal lah pulak cerita pasal lucah pepagi nih. issh, tak bagus. tapi saya insyallah akan pastikan blog saya terhindar dari kelucahan (emm macam Ustazah Arbakyah plak).
aper nak cer pepagi nih???kalo ikutkan emosi Aku yang mcam kurang nak stabil nie banyak jer benda yang Aku nak tulis. tapi takperlah..mungkin sekarang ni tuhan nak bagi Aku belajar untuk REDHA ngan ketentuannya. belajar untuk menerima situasi yang baik atau buruk dengan sewajarnya.belajar untuk berfikir secara rasional. kalau ikutkan hati memangnya boleh meletop bila-bila masa macam loji nuklear kat Jepun nuu. tapi ALHAMDULILLAH akal masih waras.
esok orang kat Sarawak akan mengundi.Aku tak balik ler. sebab peruntukan untuk balik ngundi takder dalam perancangan belanjawan Aku ngan encik husband. cuma terawal sikit jer time mengundi nih. sebabnya aku cadang-cadang nak balik bulan Jun nanti. lama sangat dah rasanya tak merasi keseronokkan menyambut Gawai bersama ngan keluarga dan sahabat handai. tahun ni kemungkinan aku akan agak membzkan diri masa  Gawai sebab aku dah jumpa balik X-school mate aku. jadi banyaklah tanah jajahan yang nak dilawati. kuih jala, ayam pansuh, nyum..nyum..lama sanagt dah aku tak merasa semua itu. walaupun aku jauh disebarang laut, bahang kerancakkan pilihanraya tu dekat jer kat hati aku. mana taknya aku ada pelapor setia yang selalu bercerita tentang kebestsan kemeriahan kempen pilihanraya.

Monday, March 14, 2011

Aku Bengang ...

Dah banyak kali aku cuba update new post kat sini. Tapi kat tempat aku tak boleh. Error je. So aku cuba kat tempat orang lain. (KZ). Boleh pulak. Bengang. Bengang.
Dahlah aku terima arahan tak jelas. Hari tu cakap lain sekarang cakap lain pulak.
Tak pelah. Aku redha.

Since post ni pun dikarang dan ditaip oleh  lain tak macam aku sendiri yang taip...... 
Dengan ini aku mengisytiharkan, aku akan mula berblogging semula.

Monday, December 27, 2010

Patah Hati Membunuh Ghairah Wanita

BANYAK SEBAB YANG BOLEH MEMBUAT ANDA SEDIH, MURUNG DAN PATAH HATI. WANITA YANG BEKERJA BIASANYA RISAU TERHADAP TANGGUNGJAWAB DI TEMPAT KERJA, DISAMPING TUGAS MENJADI IBU DAN ISTERI. KADANG KALA SUAMI TIDAK MAHU MEMAHAMI BERATNYA TANGGUNGJAWAB ANDA, DIBIARKAN ANDA BERJALAN KESEORANGAN TANPA SOKONGAN DAN MOTIVASI YANG MEMBINA.

Seiring berputarnya waktu, anda menyedari bahawa suami juga manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan. Jika anda patah hati, anda sendiri  yang mesti menghiburkan diri anda. Jangan harap suami boleh memujuk dan memberi harapan baru, tidak mungkin! Sesungguhnya anda sendiri yang mesti bangkit kerana jika anda mengharapkannya untuk meniupkan semangat baru, anda akan kecewa kerana suami juga insan yang memiliki kelemahan seperti mana anda sendiri.

Hingga nanti ketika anda terpaksa melalui masa menopaus untuk ke sekian kalinya, anda pasti akan diserang gejala kemurungan lagi. Jelasnya, banyak punca yang boleh membuat anda hilang iman. Semakin tua ada-ada saja masalah dalam perhubungan dengan suami. Anda berdua cepat kecil hati dan suka merajuk. Ditambah lagi dengan ujian menghidap penyakit yang macam-macam. Semakin tua semakin berat cubaan kehidupan  yang juga merupakan rahmat dari-Nya kerana dengan ujian itu Allah Taala menghapuskan dosa-dosa kita hingga nanti menemui-Nya dalam keadaan bersih dan suci.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud “Tiada seorang muslim menderita keletihan, penyakit, kesusahan hati, hingga duri tajam yang mengganggunya melainkan semua itu menjadi penebus dosa-dosanya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau dahulu anak-anak masih kecil, anda susah hati menjaga mereka, dah besar pun kena lebih berhati-hati memantau pergaulan mereka. Hingga mereka berumah tangga nanti anda selalu diserang rasa “kecil hati” dengan perangai menantu bersambang pula dengan sepak terajang cucu-cucu yang memeningkan kepala. Sampai bila anda harus mengulangi kesedihan sepanjang hayat?

Jadi mengapa harus bersedih jika memang begitulah hakikat kehidupan ini. Seperti mana firman Allah Taala menerusi surah Al-Baqarah ayat 124 yang bermaksud “ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada mu cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

UJIAN KESEDIHAN
Kalau anda bersedih kerana suami, Asiyah isteri Firaun lagi berat menanggung derita sampai mati di tiang seksaan kerana iman. Mengapa sedih berpisah dengan anak-anak yang telah berumah tangga? Bukankah Nabi Allah Ya’kub AS berpisah dengan anaknya Yusuf AS selama 60 tahun baru bersua. Jika penyakit silih berganti datang dan pergi bahkan tak jua sembuh ke mana saja ubat di cari, janganlah bersedih kerana nabi Allah Ayyub AS tetap bersabar dengan penyakit yang membuatnya diasingkan dan diusir oleh kaumnya. Jika Allah SWT menimpakan sakit pada tubuh badan kita, bukankah Dia juga yang menyembuhkan? Jika Allah SWT memberi cubaan, bukankah Dia pula yang memberi jalan keluar? Sebagai hambanya kita hanya disuruh untuk setia dan taat walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita. Maksud firman-Nya : Sesungguhnya bersama kesusahan ada jalan keluar. (Surah Al-Insyirah ayat 5) Tetapi bilakah datangnya pertolongan? Ia adalah rahsia Allah, itu bukan kuasa anda. Kerana Allah Taala mahu menguji   adakah iman itu benar atau main-main saja.

Mengapa hanya taat jika rezeki melimpah, tubuh badan sihat, kegembiraan menyelimuti hari-hari anda, tetapi sebaliknya jika semua itu dicabut satu persatu dalam hidup anda maka hilang pula ketaatan, berubah menjadi buruk sangka kepada Allah Taala. Putus asa mengharap rahmat dari-Nya. Kesedihan jika dibiarkan berterusan boleh membunuh jiwa anda. Cuba anda bayangkan, seorang wanita tua yang kesepian duduk di kampung bersama suami yang pikuh lagi cerewet. Anak-anak yang ramai itu tak seorang pun ingat dengan ibu bapanya. Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan rumah tangga sendiri. Wanita tua itu kerana imannya kepada Allah SWT sabar menerima ujian kesedihan dalam kesendirian nya melawan sepi dan rindu. Suaminya pula lemah dan mengharap belas ikhsan darinya. Jika dia tidak bersabar, dia akan jatuh sakit kerana kesal dan memendam benci tapi rindu kepada anak-anaknya. Jika sakit siapa pula yang akan menjaganya? Hanya dengan bekal iman dia mampu melalui hari-harinya dengan reda kepada Allah taala. Semakin sabar, dosa-dosanya yang telah lalu di ampun Allah Taala, hatinya pula bertambah lapang. Saat wajahnya yang menghadap Allah SWT anda melihat wajahnya seolah-olah tersenyum mengingatkan “Terima kasih kepada kamu semua yang telah menjadi beban hidup ku, kerana kamu aku mendapat pahala sabar daripada Tuhanku yang Maha Mengasihani”.

TAKDIR ALLAH
Tetapi lain pula jika perempuan tua itu merajuk, membenci dang menggugat takdir Allah SWT ke atasnya. Semakin dia membenci keadaan hidupnya semakin jauh dari Allah SWT, lidahnya sering mengutuk anak-anak dan suaminya. Air matanya mengalir sepanjang malam, tidak lena tidur, tidak bernafsu makan, tubuh badan lemah akhirnya menjadi alasan untuk meninggalkan sembahyang. Hatinya bertambah keras, jiwanya mati sebelum nyawanya dicabut Allah Taala. Sesungguhnya azab Allah SWT itu ada dua macam, yang nampak di mata kita seperti musibah dan bala. Dan yang tidak nampak iaitu ketika hati kita tidak merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah SWT.
Bagi yang patah, risau dan sedih, adakah hatinya mampu bermunajat kepada Allah SWT? Itulah azab yang paling dahsyat dalam kehidupan setiap hamba Allah.

countdown...

countdown...

www.google.com