Monday, March 24, 2014

adat melayan tetamu zaman sekarang...

Dari semalam hati aku macam nak sangat tulis pasal ni. Sampai tak leh tido malam dibuatnya. hahaha...banyak lah aku.

Kisahnya bermula pada Jumaat lepas. kitaorang dapatlah satu jemputan dalam peti surat. Bukan kad jemputan pon. cuma kertas A4 tu bahagi dua. Boleh aku kira macam kertas jemputan yo. Jemputan untuk ke kenduri kahwin. Anak-anak jiran tetangga. Walopun tak kenal siapa tuan yang hantar jemputan, aku pun cakap kat encik suami bolehlah nak g. Sebab majlis ahad ni.Kebetulan aku ada kelas. So papa n aireen tak payah masak. Leh g kenduri tu untuk makan tengahari. Lagi pulak konon-kononya aku rasa macam nak kenal-kenal ngan jiran tetanggalah. Sebab aku ni lama lagi ank duduk kat kawasan perumahan ni. Setakat ni x der lah nak pindah kemana-mana. So aku fikir macam perlulah nak kenal jiran tetanggga.

So semalam (23.03.2014) En Suami dan Cik Aireen g lah kenduri tersebut. Sekali malam bila time makan malam aku tanya lah En Suami macam mana kenduri tu??Ramai orang tak? Siapa tuan rumah ? En suami pun cakap kalau tau tak payah pergi pun takpe. Aik kenapa plak??? Rupa-rupanya tuan rumah ni tak layan pon tetamu yang datang. Dia cuma layan tetamu VVIP yo. Emm..ada ker patot?? Habis kalo x nak layan orang kebanyakkan kenape nye g hantar kertas jemputan??  Yang sambut orang-orang kebanyakkan ni anak dia. Emm..Macam lah orang-orang yang datang tu kebulur sangat nak makan lauk kenduri dia. Ciiisstttt...puiiihhhhhh. Sakit hati aku.

En Suami cakap mungkin tuan rumah ni pegawai tinggi kat Jabatan Kerajaan. Sebab dia ada kereta yang terjentang tulis perkataan Jabatan Perdama Menteri. Maknanya beliau ada driver lah sebab dapat sebijik kereta untuk dia. Mungkin taraf-taraf Timbalan Ketua Pengarah dan keatas kot. Huh..kereta pun keta free...minyak keta fee...driver feee...ada hati nak berlagak. Tak tau duit yang dia guna beli minyak keta tu duit aku. Yer lah aku kan rakyat Malaysia. Penyumbang kepada tax. Duit rakyat semua tu...

Goodies pun bagi kat yang mana dia kenal je. Kesian plak aku tengok kenduri dia. Macam kenduri tak cukup budget. Yer lah goodies pun main pilih-pilih nak bagi kat siapa. Orang kampung yang kerja kebun tu pun kalo wat kenduri satu kampung dia jemput, satu kampung tu jugak dapat goodies. Alah bukan nak sangat pun goodies dia tu..tapi cara layanan dia tu  sangat ada gap antara orang besar and orang biasa-biasa.  Kalo nak bagi perhatian kat orang-orang besar jer buatlah kenduri tertutup. X der nye orang nak sibuk-sibuk g. Or paling senang tak payah lah edarkan kertas jemputan tu.

Dia buat kenduri kat dewan kat Paya Indah Wetland tue. Sebelah kawasan perumahan kitaorang je. Tobat lepas ni dia dah kena banned. Buat lah kenduri apa pon mmg tak ler nak g even kenduri arwah dia pun x hingin aku nak g. Sakit hati.Bini dia pun sama perangai macam laki dia. Agak yang dia kenal dia g sambut siap sampai hantar ke meja makan. Yang dia tak kenal lari masuk dalam kooo......

Setahu aku yang tak tinggi ilmu agama ni..kita kena layan tetamu kita sebaik mungkin. Biar kita tak makan janji tetamu kita kenyang. Kita kena bagi 100% comfort kat tetamu kita. Dah kalau orang yang boleh dikira group baby boomers ni pun perangai tak senonoh..macam mana nak expect  generasi Y ngan  Z  untuk berperangai senonoh. Bila golongan yang sepatutnya menjadi contoh pun hampehhh.Jangan nak orang hormat kita kalau kita tak reti cara nak hormat orang lain.

x de gamba untuk entry ni sebab emosi terganggu dibuatnya...tapi lepas aku berfikir secara positif. Aku rasa mungkin jadi macam tu sebab niat untuk g kenduri tu tak berapa nak elok kot. Sebab niat nak makan tengahari tanpa perlu masak d rumah. Menyimpang dah niat tu kan. Sepatutnya niat nak g kenduri tu untuk meramaikan majlis disamping nak merapatkan silaturrahim. Wallahualam...

Tuesday, March 4, 2014

fire station trip

Semalam 3 Mac 2014 Aireen dan geng sekolah pergi melawat ke Balai Bomba Putrajaya. Mula-mula aku macam nak g sekali sebab nak tengok apa aktiviti yang diaorang nak buat n op coz lah nak ambik gambo. Biar dia seronok tengok nanti bila dah besar. Ada gak kenangan dia kan. Dulu aku time kecik-kecik ikut benda-benda kat sekolah manalah mak pak aku reti nak ambik gambo. Ntah-ntah time tu kitaorg kamera pun x der. Maklumlah masa tu zaman kesusahan. Aku ni pun bukanlah dari keluarga yang kaya raya. Rumah banglo pun x der bertineket-tingket. Tapi x der lah susah sangat sampai tahap kena masuk BERSAMAMU tibi 3 tue. Alhamdulillah bak kata orang kampung aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cukup-cukup untuk kitaorg adik beradik makan dan boleh g sekolah macam orang lain. Macam sedih plak.

Balik kepada ceritaAireen punya lawatan. Semalam rupanya kena pakai baju sport. Si Aireen ni masih fail lagi nak menyampaikan amanat daripada teacher dia kepada aku. So semalam dia sorang-sorang jer yang pakai uniform sekolah. Mr Suami call time hantar Aireen ke sekolah. Katanya kena pakai sport wear. So aku cakap kat Mr Suami tak perlah biar dia nampak lain. Biar orang ingat dia ketua kelas. Hahaha....ayat nak menyedapkan hati. Boleh diterima pakai lah jugak ayat tu kan.  Teacher cakap tak tahu samada parent boleh ikut ker tak sebab dia guna agent untuk arrange lawatan nih. So aku dengan hampanya x boleh g lah follow lawatan tue.

Pukul 1 tgh aku macam biasa nak g ambik Aireen balik sekolah. Sekali bila sampai sekolah aku tngk sekolah sunyi sepi. Alamak!!! aku lewat sangat ker ambik Aireen. suma orang dah balik. TING TONG...aku tekan loceng sekolah. Teacher keluar dan bagitau budak-budak tak balik lagi tengah lunch kat Alamanda.  Wow....lunch kat Alamanda Aireen hari ni. Aku pun lepak dalam keta tunggu Aireen balik. Adalah dalam 20 minit aku tunggu. dari jauh aku tengok bas persiaran datang. Ni kompom bas budak-budak nie. Sempat snap beberapa keping gambo.

Aireen masuk keta. terus cakap pasal uncle yang bawak  bas. Kata nya " Mama, uncle yang bawak bas tu baik. Dia orang India. Dia cantik macam hindustan". Fuhhhh ini kalau uncle tu dengar ntah-ntah dia offer diri ambik ngan hantar Aireen balik sekolah hari-hari. Maunya tak kembang...dicakap cantik macam hindustan.

Dalam keta dok ceritalah pasal bomba, pasal air padam api. Pastu dia cakap cam gini kat aku " Mama kalau kita ada KEBAKARAN, ada api besar ambik air kat paip tu pegang macam ni (sambil buat action macam orang pegang hos paip) letak kat api tau. Bomba tu cakap tadi. Een dah pandai dah padam api KEBAKARAN". Baeklah sayang...tapi moral of the story is dia nak show off kat aku yang dia pandai sebut  perkataan baru dia belajar hari ni iaitu perkataan KEBAKARAN. Kagum gak aku dengar dia sebut perkataan KEBAKARAN tue.  Mesti Aireen rasa beliau sangat hebat sebab boleh sebut perkataan KEBAKARAN. Hahahahaha... gamba kat bawah ni teacher dia whatapp kat mak bapak. so x der lah frust sangat sebab ada gak gamba utntuk kenangan.




ni masa mula-mula sampai


duduk dalam keta bomba..mesti berbunga-bunga hati sorang-sorang


ini kot atuk Bomba yang Aireen cakap 

ni mesti terang pasal KEBAKARAN

paham ke tidak budak-budak ni apa atuk bomba tu bebelkan...

Aireen punya botal air dah tergadai dah. Tertinggal dalam bas. 

baru g keta bomba nih. sia berplastik-plastik lagi

ini geng kelas aireen. yang depan skali tu nama dia Tung Tung. yang blakang tu x tau apa dia punya nama

Hashimah

this is Chen Chen kalo x salah aku

Budak Aireen kalo tangkap gamba memang tak tinggal jari peace 

ini kawan-kawan kelas dia  kecuali yang pakai kasut putih tu.

this is Tan Cheong Wai. Een slalu cerita pasal dia ni. Dia ni suka nanges kalu time mummy dia hantar g school





awww...abang bomba siapkan budak-budak. Mesti rasa cam layan anak-anak dia jer

baju ni baju staby teacher dia kot. colourful sangat kan..kasut ping, seloar kunin n baju oren. sib baek cuma belang-belang oren.kalo x nampak cam kuih lapis plak si Aireen

ini lah yang dia cakap kot yang kalo ada kebakaran ambik paip letak kat api....excited jer muka kan. budak-budak ngan air memanglah x dapat dipisahkan

   
ce teka mana Aireen??

aireen & cartoon

Budak-budak dan kartun memang tak dapat dipisahkan. Ada bagusnya dan ada x bagusnya bila budak-budak tengok kartun. Tapi bila dah jadi mak-mak ni tak dinafikan yang pengaruh tv memang sangat kuat kepada budak-budak. Patotlah mak aku  slalu cakap jangan bagi sangat anak-anak tengok tibi.

Positive view:
1. Budak-budak boleh blaja . Contohnya macam rancangan sesame street, dora the explorer, mickey mouse     full house, hi-5. Contohnya aku sendiri. dolo-dolu masa zaman aku kecik-kecik manalah reti cakap              omputih. Mak aku tu surirumah. Sekolah pun tak tinggi. Masa aku masuk darjah 1 tahu lah jugak cakap        good morning , thank you, my name is Cathy. Itu hasil tengok tibi lah tu.

2. X der lah buat benda ntah apa-apa. Contohnya time cuti sekolah x der lah nak main longkang carik anak       ikan macam aku masa kecik-kecik dulu. Tapi zaman dulu selamat. tak ramai orang jahat. bukan macam         zaman laa ni. nak bagi anak main kat parking keta dalam rumah pun tak berani. 

Negative view:
1. Kadang-kadang kartun ni suka wat benda ntah apa-apa. Contohnya jelir-jelir lidah, tunjuk punggok kat         orang Itu boleh menjadi ikutan budak-budak.Mungkin bagi mat salleh benda-benda macam tu kiut. Tapi       cuba tiba-tiba anak kita buat kat orang tua macam tu x ke kemaluan kita sebagai mak pak 
    dia.  nampak  macam tak pandai ajar anak. Itu semua diluar batas-batas norma kehidupan kita sebagai         orang Malaysia. (wah.....ekkekekek).


Malas nak taip dah...

Ni Aireen yang dah kawan aku si pemilik blog mynonstopstories.blogspot.com kartunkan. Dia ni memang creatif tahap gaban antara kitaorg kat opis tue. berseni lah tangan dia walopun luaran nampak cam ganas orang nye. ibarat dalam hati ada taman tapi tangan sangat berseni.


kalau aku yang buat x der nyelah jadi macam nie...
taaaadddddaaaaaa......aku pun berjaya beliau kartunkan....


countdown...

countdown...

www.google.com