Friday, August 26, 2011

menjaga hati...

"biarkan aku menjaga perasaan ku woooh..wooh..wooohhh..." sumbang nyer sore aku bila nyanyi.macam apa tah.

selalu aku tertanya pada diri sendiri..perlu ker kita nak jaga sangat hati orang disekeliling kita??waema kita sendiri yang makan hati?? walaupun mulut aku cakap "persetankan hati ngan perasaan orang"...tapi hati aku tetap tak sampai hati nak cakap apa yang aku fikir. payah kan. selalunya aku ikutkan jugak ler rentak manusia.tapi rasanya kadang-kadang sampai makan diri. 

iyelah, bila kita cakap apa yang kita fikir orang cakap kita mengada-ada plak. nak itulah, nak ini lah. tapi iyelah, takkanalh  nak cakap terus terang. takkanlah nak cakap:-
-" x suka lah kat sini, tak selesa.nak mandi nak berak pun susah."
hissh...tak patut ler kot nak cakap macam tu.sememangnya tidak akanlah kita nak menuturkan  ayat-ayat kat atas tu .sebabnya nak jaga hati orang.  tapi pernah ada orang nak  jaga hati kita??? pernah ada orang nak tahu masalah ketidakselesaan kita. macam contoh ayat kat atas tu, ader ker orang lain nak ambik tahu kita ni x lalu nak berak pun sebab tempat tu tak selesa??ada??ada??ada x???




tension bila kena jaga hati orang....

abang motor & abg lori..i lap u!!!!

selamat pagi donia....selamat pagi semua.hari ni semua orang pun dah dalam mood raya. seronot ler kan x lama g nak raya. as for me my raya mood just biasa-biasa jer.

this morning on my way to opis, i saw a very beautiful scene. ada satu abang lori tu sanggup berhentikan lori kat tangah kesesakan jalan semata-mata kerana ada seekor anak kuscing tersesat kat tengah-tengah jalan. dan yang lebih best nye, ada abg motor tu pun berentikan motor dia n turun g ambik anak kucing tu.

sungguh aku tak sangka rupanya masih ada lagi manusia yang prihatin kat dalam kolumpor nih. tabik hormat ler kat abang lori n abang motor tuh. respek giler kat u orang berdua. motor tu kalo tak silap aku no plat dia NCC 2243. no lori tu plaks aku tak sempat nak tengok.

anewey kalo sesiapa yang kenal kat abg motor NCC 2243, mintak tolong sampaikan salam  paling best kat dia.


Wednesday, August 24, 2011

hari ni belajar berblog...




hari ni aku pollow kursus blog.saja nak pollow sebab nak bagi tambah ilmu pengetahuan aku dalam berblog nih. mana lah tau ada benda baru yang boleh aku guna untuk dekoret blog aku. al-maklumlah aku ni kan jarang ada masa g ronda-ronda tenet nak search benda-benda baru nih.slalunya pun tau gadget-gadget kiut ni dari sista ziti.dia kan rajin nak search-search tenet nih.
time aku menaip entry ni aku tengah berada di dalam bilik kursus kat tingkat 15 lebih spesifik nya kat bahagian Human Resource. ramai gak yang join kursus nih. ada ler tersesat seorang blogger tegar si Puan Ijang tu terselit gak join kursus nih. tererr tu dia buat blog. blog dia cantek n tersusun.memang dia suka menulis pun. editor bahan penerbitan gomen ler katakan.
apa target aku untuk kursus nih???target nak kasi cantek blog aku.buleh ada banner yang gerak-gerak.wink, wink, wink....besar sungguh cita-cita hamba.

countdown...

countdown...

www.google.com