-Jika ...... dan Kalau .....
KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..
JIKA
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik MRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati
PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI .... maka berhati-hatilah.
Wa hai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...
Wednesday, May 13, 2015
Thursday, April 30, 2015
Stok Susu
Aku tulis pasal breastfeeding ni based on my own experience yang tak seberapa setelah berjaya menyusukan Pewincess Aireen sampai umur 2tahun.
Walupun 2 tahun bukan full breast feed tapi time dia bersama aku memang 100% susu badan kecuali masa dekat rumah pengasuh. Tu yang jadi tak 100% breastfeed tu. Salah kan pengasuh dia....hahahaha. Taklah.... aku faham nak handle budak yang susu badan ni bukan senang. Nak menguruskan susu badan tu adalah sangat leceh sebab susu badan ni sangat sensitif. Nasib bailah pengasuh tu consider awal 6 bulan tu dia tak kisah aku bagi susu badan.
Masa dalam pantang aku tak de buat stok susu sebab aku pemalas. Masa dah start kerja pun aku cuma buat stok sikit jer. Kira perah hari ni untuk esok. Maknanya susu yang aku bagi bekal untuk Aireen tiap-tiap hari adalah fresh. Sebab memang aku tak bekukan. Cuma letak dalam peti sejuk kat bahagian bawah jer. Sebab esok nya dah nak bekal g rumah pengasuh dah. Kadang-kadang aku pelik dengan emak-emak yang buat stok macam org nak hntar stok susu jual kat supermarket. Siap beli freezer bagai. Memanglah kata puan doktor n puan misi susu badan tahan sampai 6 bulan hingga setahun kalau simpan kat tempat beku. Tapi tak macam kesian ker kat anak minum benda yang dah simpan lama-lama. Macam kita gak ler kalau benda dah simpan lama-lama dalam peti sejuk mana ada rasa sedapnya lagi kan. Itu pendapat akulah...lain orang lain pendapatnya kan..kan..kan...
Breastmilk Storage Guidelines | |
---|---|
ROOM TEMPERATURE (66-78°F): | 4-6 HOURS |
COOLER WITH FROZEN ICE PACKS (59°F): | UP TO 24 HOURS |
FRESH MILK IN REFRIGERATOR (≤39°F): | UP TO 8 DAYS |
THAWED MILK IN REFRIGERATOR (≤39°F): | UP TO 24 HOURS |
FREEZER UNIT: | UP TO 6 MONTHS |
DEEP FREEZE UNIT: | UP TO 12 MONTHS |
Masa aku breastfeed dulu aku tak tak terima kerja outstation. Aku cuma terima kerja yang membolehkan aku balik rumah. Tak kisahlah kalau kena balik pkl 10 malam ke...12 malam ker. Janji aku balik rumah. Nasib baik bos memahami. TQ bos. Tapi bagi mereka yang memang kena kerja outstation gak sebab bos tak nak paham situasi buatlah stok yang agak-agak lepas kalau outstation seminggu. Takkan lah korang outstation sampai berbulan-bulan kot. Tapi kalau betul kena outstation sampai bulan-bulan bagi jer lah anak tu minum susu formula. Memang x de rezeki nak susukan anak lah tu kalau keadaan tak berapa nak mengizinkan. Senang...kepala tak serabut nak fikir macam mana macam mana macam mana macam-macam...Bukan nak condemkan semangat korang. Fikir positif. Adalah hikmahnya disebalik ketidakmudahan nak menyusukan anak tu. Kot-kot lepas tu dapat naik pangkat kena kerja jauh. Tempat tu plak x dpt nak angkut anak sekali tak gitu...Think positve..
Monday, April 27, 2015
Birthday Aireen 5 Yrs Old (2015)
Basi sangat dah cerita ku ni. Mana taknya birthday si budak kecik 7 Februari hari ni 27 April baru nak update. Niat hati memang macam selang 2-3 hari lepas hari kejadian nak update..tapi itulah bila hanya minda yang berfikir tapi badan cakap x nak...so simpan jer hasrat dalam hati.
Tahun ni budak kecik dah tak berapa nak kecik dah. Dah umur 5 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik dah 5 tahun aku diberikan amanah untuk membesarkan budak Aireen nie. Alhamdulillah YaAllah di atas kurniaan Mu ini...hamba Mu ini sangat bersyukur diatas pemberian mu ini. Ok tanak tacing-tacing...Tahun ni bestday dia still buat kat sekolah gak. Mama ni suma macam nak jimat cermat. Nak jimat masa nak jimat tenaga. Duit jer mama tak reti nak jimat :P...
Sofia The First adalah tema birthday tahun ni. Macam tahun lepas mama dah pening-pening fikir tema birthday setat bulan 12 lagi. Huh mak-mak sangat. Kek tahun ni super murah sebab mama cuma spend RM 80 jer untuk kek. Yang special nya kek ni yang tukang buatnya abang sado. Tak caya ?? leh tengok FB beliau Putera Mohd Fahidz...nak order kek pun boleh. Wahhhh harus beliau kasi aku persen kalau laku kek dia lepas nie...... Kek dia comel seperti yang aku request n kek coklat dia moist sangat. Budak-budak sukalah..
Preparation mcm biasa habis sepah satu rumah ngan kertas. Goodies memang simple, low cost n yang paling penting hand made. Suma pun aku wat sendiri....budget party is fun sebab leh wat sama-sama ngan budak aireen. Dia pun enjoy sebab tak sabar nak bagi kawan katanya. At-least adalah aktiviti yang baru buat ngan budak Aireen selain dari makan, tengok tv, tido bla..bla..bla..bla..
Itulah jer lah yang aku mampu buat untuk birthday tahun ni...Nak buat lebih-lebih x mampu dek kerana kekangan masa dan tenaga. Yang pastinya Pewincess Aireen Sofea happy sangat sebab birthday sambut ngan Sofea The First tahun ni....
Tahun ni budak kecik dah tak berapa nak kecik dah. Dah umur 5 tahun. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik dah 5 tahun aku diberikan amanah untuk membesarkan budak Aireen nie. Alhamdulillah YaAllah di atas kurniaan Mu ini...hamba Mu ini sangat bersyukur diatas pemberian mu ini. Ok tanak tacing-tacing...Tahun ni bestday dia still buat kat sekolah gak. Mama ni suma macam nak jimat cermat. Nak jimat masa nak jimat tenaga. Duit jer mama tak reti nak jimat :P...
Sofia The First adalah tema birthday tahun ni. Macam tahun lepas mama dah pening-pening fikir tema birthday setat bulan 12 lagi. Huh mak-mak sangat. Kek tahun ni super murah sebab mama cuma spend RM 80 jer untuk kek. Yang special nya kek ni yang tukang buatnya abang sado. Tak caya ?? leh tengok FB beliau Putera Mohd Fahidz...nak order kek pun boleh. Wahhhh harus beliau kasi aku persen kalau laku kek dia lepas nie...... Kek dia comel seperti yang aku request n kek coklat dia moist sangat. Budak-budak sukalah..
ni yang aku nak |
ini yang aku dapat...so not bad kan.... |
goodies dah siap 80% |
TQ card from Aireen |
banner HAPPY BIRTHDAY pun buat sendiri |
Photo prop Sofea The First ni pun buat sendiri uollls... |
Abaikan senyuman papa yang tak berapa manis tu... |
Ni kawan Pewincess Aireen Sofea ...Pewincess Mary Sofea namanya... |
Inilah dia yang diaraikan PRINCESS AIREEN SOFIA ..teeeeettttttttttttttttttt |
Subscribe to:
Posts (Atom)