Tuesday, February 26, 2013

hospital oh hospital...

Ahad lepas (24 February 2013) aku nekad suruh En Suami hantar pergi emergency Hospital Putrajaya sebab aku rasa memang tak sihat sangat. Nak bangun tak boleh, nak baring tak boleh, nak makan  nak minum memang idak ler dan yang buat aku tau aku sakit teruk sangat sebab aku dah tak boleh tido.  Standardlah kan untuk tahan sakit kita tido, so bila dah tak bole tido korang bayangkan macam mana rasa sakitnya yang aku rasa. Dari kepala turun ke telinga turun ke tekak, tulang belakang dan semua sendi. Rasanya last yang aku demam teruk macam ni masa tahun 2007 dulu. Itu rasanya demam ubah angin sebab masa tu aku baru posting ke semenanjung. Mungkin tak boleh terima lagi cuaca di Kuala Lumpur tu yang aku demam teruk tu. 

Aku pergi dalam pukul 11.30 dan sampai kat hospital tu dalam 11.40.alah dekat banget rumah aku ngan sepital tu. Pokoknya kalo mahu bersalin dalam perjalanan udah keluar babynya. Huhuhu.....mentang-mentang sambil taip entry ni sambil layan cerita indon.Kok ngomong indon gue...Aku soh En Suami drop kan jer aku nanti dah selesai aku call dia pick up. Bukannya apa, memang sedia maklum kalo kat sepital kerajaan walaupun tak ramai orang akan makan masa minimum 3-4 jam. Kesian kat si Aireen menunggu lama.

aku bagilah ic aku kat MA yang jaga triage tu. dia kata nanti dia panggil Aku pun masuk nak carik tempat duduk. Alamak! penuh lah pulak.Ok mungkin nasib aku kot dalam hati.Allah nak uji jer aku ni boleh sabar ker tak.Aku dengan dalam keadaan yang sangat tak ok ni pun tak peduli dah orang nak cakap apa, aku duduk atas lantai kat pintu masuk. Aku fikir kot-kot aku pengsan jap lagi senang orang perasan n kalo MA tu panggil nama aku senang aku dengar. 

TIK..TOK..TIK..TOK..kepala aku makin sakit. badan-badan aku makin sakit sebab duduk atas simen. Kat rumah baring atas tilam pun badan sakit ni apatah lagi duduk atas simen. aku tengok jam..12.30.emm, x de lagi panggil nama aku. takperlah bukan aku sorang jer yang sakit.mungkin orang lain lagi teruk kot sakitnya dari aku. tapi aku rasa masa tu nafas aku dah macam sempit, sesempir pemandangan aku. aku sabar lagi.

TIK..TOK..TIK..TOK..aku tengok jam...1.00 ptg. aik..biar betul....triage tak panggil nama aku lagi padahal dah sejam berlalu n aku boleh dengar jer suara diaorang borak-borak dalam tu. Dahlah pale aku pening, tambah lagi pening ngan budak-budak berlari-lari kat depan aku. Eh..eh..macam kat taman permainan pulak. Pelik betul aku ngaper lah mak bapak diaorang ni sibuk duk angkut anak-anak kecik g sepital beramai-ramai macam orang nak pergi picnic. Cumanya dia tak bentang tikar jer kat sepital tu.Budak kecik ada yang menangis, ada yang menjerit. Memang lah mak bapak dia risau sebab ada family members yang kena masuk emergency, tapi biarlah yang berkenaan jer yang ada kat situ. Yang lain biarlah tunggu kat rumah. Ini kak long, abang long, kak ngah, ang ngah, kak cik tok mak nenek semua berkumpul kat emergency tu. Hah itu jugak salah satu sebab nya aku kena duduk kat lantai. Yang sakit nya seorang, yang menghantar nya empat orang dah sudah empat-empat pakat duduk kat kerusi menunggu tu. Aku kalo tak sakit tak der herannya nak duduk kat kerusi tu. Bukannya sedap pun. Kusyen dah lah keras. Kerusi pulak tak boleh ejas-ejas. Tapi masalahnya hari tu aku sakit jadi macam teringin sangat nak duduk kat kerusi menunggu tu sambil menyandarkan kepala aku yang berat macam ada terikat sauh.

TIK ...TOK..TIK...TOK...macam cerita kartun budak-budak plak...aku tengok jam 1.25 ptg. Owh...x bleh jadi ni...x kan aku nak kena tungu 15 jam lagi.kalo macam tu elok-elok umur aku ni panjang lagi boleh jadi pendek dibuatnya. Aku call En Suami soh ambik aku g sepital lain. Aku dalam hati nak membebel kat MA tu, tapi nasib baiklah Allah memelihara lagi akal dan fikiran aku tak tertewas ngan bisikan syaitan. Aku g kaunter cuma cakap "Encik, saya nak ic saya balik"...MA tu dah buat muka serba salah.Buat ayat manis-manis tanya nama aku. N konon g ambik IC n tanya baik-baik nama aku. Aku sebab takut tertewas ngan godaan syaitan dia tak habis cakap lagi aku dah rampas ic aku dari dia. Aku rasa kalo aku bukak jer mulut ti tertewas lah aku. ALHAMDULILLAH.....sib baik aku menang. hahahahahahahah....

Encik Suami sekali lagi jadi hero aku semalam. Beliau bawak keta macam biasa jer. Tapi dia lah penyelamat semalam sebab bawak aku pergi sepital...x der lah laju-laju tapi  terus kitaorang g sepital kat area Bangi. Tak sampy 20 minit duduk dah panggil nama dan tak sampai 30 minit aku dah duduk dalam kereta siap untuk balik rumah. Kalaulah aku tahu..awal-awal lagi aku pergi sepital tu. Itulah DUGAAN namanya kan...

Mula-mula kononya aku bajet pergi emergency Hospital Putrajaya senang sebab dekat ngan rumah. Kot-kot aku kena admit ker sebab aku risau gak aku kena denggi. Dan yang paling penting, sebab utamanya yang aku pergi hospital kerajaan ni ala-ala poyoooo sikit...konon support kerajaan...yakin dengan perkhidmatan yang diberikan hospital kerajaan. skali HAMPEH! padan muka aku. Tapi kadang-kadang aku rasa kan diaorang ini sebenarnya sengaja melambat-lambatkan kalau patient pergi hospital kerajaan bukan apa, biar petient ni berubah arah pergi ke hospital bayar dimana doktor-doktor kerajaan ni ramai yang buat part time kat klinik-klinik private dan hospital-hospital private nie. Tapi aku tak salah kan doktor, slalunya masalah nya adalah di front desk. Itu yang aku sakit hati sangat ngan misi-misi sepital kerajaan nie.

Tapi bukan semua hospital..........emmm nanti sambung kat entry satu lagi....

Friday, January 18, 2013

Mesti korang pelik kan...

Mesti korang pelik kan ngaper pos aku macam delay manyak hari....hahaha..itulah maknanya aku wat buat tu semua lambat dari masa kejadian.

Memang agak lama dah aku tak buat entry baru. Ntah..macam nak menyempat jer nak menaip. Kalo nak menaip guna hengpon macam leceh lak...lain lah kalo hengpon android tu keypad dia macam hengpon Nokia 3310 tu senang ler nak menaip. Yer tak...emm..boleh rasanya nak propose kat samsung soh wat hengpon yang ada spec macam tu...hahahaha


Just for ur info jer..panjang berjela plak ..


sajer letak pic nie...sebab aku rasa pic nie best!!

Thursday, January 17, 2013

3rd artwork

11 Januari 2013

Hari ni Aireen bawak ulat balik dari school. Giler comel ulat tue. Aku pun tak sangka dari bekas telur tu buleh wat sesuatu yang best...Again..kepala ulat tu kaler hijau...


 Yang ni aku rasa dia kaler badan ulat tu jer....yang mata n mulut ulat tu mungkin teacher dia yang lukis...not bad lah dia warnakan body ulat tu...iyelah..kemana nak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi. ...

Wednesday, January 16, 2013

2nd artwork

9 January 2013

Hari ni Aireen balik dari school bawak ole-ole lagi.. Aku suka sangat kalo Aireen bawak artwork dia. Macam best. Lagipun aku memang suka buat art nie. Cuma sekarang ni masalah kekangan masa n kekangan assistant yang terlebih terrer dari aku (emm..si Aireen ler tue...tangan dia lagi pantas dari aku kalo bab mengacau nie..) tu lah reason nya kenapa dah lama aku tak buat dah kerja-kerja kraf nie.


Hari ni dia bawak rama-rama. Aku rasa dia cuma letak tompok-tompok yang kaler hijau tu kot. Takkan lah dia yang lipat-lipat wire tue. Tapi kalo memang betul dia yang lipat-lipat wire tu mamang giler aku kagum ngan anak aku . Hahahaha....


Tapi perasan tak dah dua artwork dia..dia akan guna kaler hijau. Ker teacher dia tu sediakan kaler tu jer kat budak-budak tue... ntah lah....

Tuesday, January 15, 2013

1st day pergi schooll

7 January 2013
Aireen first day g school. Siap pakai uniform lagi. Tapi uniform dia simple jer...macam sport wear jer sebab dia kecik lagi...so teacher tak bagi pakai uniform yang macam budak besar tu sebab takut dia tak selesa. 

Pagi dalam pukul 6.30 kitaorang bangun secara trio. Sib baek rumah ada 2 bilik air, papa dia mandi kat luar n mama ngan Aireen mandi kat bilik air dalam bilik. Aireen agak liat nak bangun maklumlah malam tadi tido pukul 12 lebih. Sibuk sangat nak tengok upin ipin lah..nak tengok alif ba taaa lah....

Siap-siap dalam pukul 7.15 kitaorang gerak g opis dulu. Punch kad segala n time untuk breakfast. Breakfast kat port biasa kat Pinggiran Putra n lepas settle bekpess start journey ke sekolah Aireen...
muka budak nak g school 1st day


Masa dalam kereta macam excited nak g school. Siap buat action thumb up lagi cakap school good!!Hati ada sinang bila dengar dia cakap macam tu. Cerettttt cerrettttt..bunyi break keta. Dah sampai dah kat school...Teacher dia macam biasa sambut ngan muka sangat ceria. Maklumlah budak baru 1st day datang. Muka kena banyak senyum lah. 

Aku terus pass Aireen kat teacher dia n automatik terdapat perubahan pada riak muka beliau. emm..aku lambai-lambai tang n terus masuk kereta. Dari jauh nampak dia cebek. Tapi aku tau dia ok...saja jer tu. Drama pagi-pagi buta.

Dalam pukul 12.30 aku g ambik dia. Muka dia ada manyak senyum...gembira tak terkata...siap aireen bawak ole-ole lagi...dia bawak artwork dia yang pertama dari sekolah. Nampaknya lepas ni selalulah aku upload pic artwork Aireen kat blog aku nie...

1st artwork at school...

Monday, January 14, 2013

Aireen 1st day pergi sekolah


Tahun 2013 nie last minute kitaorg telah bersepakat untuk menghantar Aireen pergi sekolah. Itupun sebab dah seminggu lebih dok merengek nak g scholl, nak g scholl x nak g rumah mak. emm....

Sekali 03.01.2013 aku pun g lah ke sekolah yang bakal Aireen g nanti. Dekat jer dari pejabat dalam 15 minit. Dan yang penting jalan nak menuju ker sekolah tu x sesak. Aku tahu sekolah tu dari seorang mak budak yang sama hantar anak kat pengasuh aku. Dia hantar anak dia kat sekolah tu. Tapi anak dia of cozz banyak beza umurnya dari Aireen. Budak tu dah nak masuk 5 tahun...Aireen baru nak masuk 3 tahun. Huhuhu... ramai orang cakap awal sangat hantar Aireen g sekolah..tapi nak buat macam mana dah dia sendiri nak g scholl...larat nak dengar tiap-tiap hari tanya bila nak hantar dia g scholl???....tunaikan jer lah permintaan dia tu..lagipun minta benda yang elok..lain lah kalo dia nak jet ker, helikopter sebijik ker..itu tak mampu lah nak tunaikan...

Masa 1st time dengar nama sekolah tu macam klakar jer...namanya Tadika Lumba-lumba..tapi rupanya direct translation dari Bahasa Inggeris...Little Dolphine kata orang kampung aku. Masa g sekolah tu nak kena tanya teacher dia so and so..aik, aku rasa macam mimpi plak...aku dalam situasi bertanya itu dan ini kepada cikgu. Wah..terasa ketuaan diri ini. Rasa macam mak-mak sangat. Macam tak percaya jer anak aku dah masuk sekolah. hahahaha... Not bad lah sekolah tu. Teacher dia pun ok...budak-budak pun memang 1Malaysia...ada Melayu, Cina dan India. Dia punya yuran boleh tahan..kira mampu lagilah aku nak bayar bulan-bulan...

Banding school ni ngan school lama...aku rasa school yang ni lagi terancang sesi pembelajaran dia. Tak macam school yang lepas (emm..school yang aku cuma hantar Aireen 3 hari jer..sebab tak hantar : macam tak puas hati ngan service diaorang...). Principal dia siap terang apa menu makanan dia, apa yang dia akan blaja untuk 1st term nie...another half term dia akan discuss dengan parent tengah tahun nanti. Rasa macam puas hati banget lah apa yang dia explain tue.




jeng jeng jeng..inilah school Aireen...
ini manu dia...

Esok cerita plak macam mana Aireen 1st day g school ...

countdown...

countdown...

www.google.com