Monday, July 2, 2012

netbook buat perangai...

lama dah tak buat entry sebab netbook kat umah buat hal.tak buleh nak connect tenet. justeru itu hamba pun  x der masa nak menghapdet entry. kat opis sekarang ni memang tak menang tangan nak buat kerja.

dalam beberapa bulan ni banyak sangat aktiviti yang aku buat. memang tangan dan otak aku sentiasa terfikir nak menghapdate  entry. nantilah yer aku update slow-slow...daaa

Monday, May 28, 2012

wedding @ Bora Asmara


5 Mei lepas aireen ngan mama g attend wedding kat Bora Asmara. wedding anak buah. layan jer lah gambar nya..x der mood plak nk buat cerita...







Thursday, April 12, 2012

anak dara saya rajin.......

masa cuti pertabalan semalam (11 April 2012) si budak kecik tunjuk skill kat dapur. tak sangka anak aku dah besar rupanya..dah boleh harap kot kalo takat-takat nak masak nasik.


tak percaya??ni aku tunjuk bukti....





baru balik dari pasar...tak sempat nak parking keta elok-elok..letak jer lah kat tepi...

tengah sangat sibuk kupas pisang 

abaikan kan lah imej kulit pisang yang bercampur ngan buah pisang tu...maklumlah..budak baru  belajar

inilah wajah kesayangan hamba...

tadaaaa....inilah hasilnya


apa macam???terrer tak???kupas-kupas kulit pisang terus jadi kek pisang...

Wednesday, April 4, 2012

rahsia wanita



~bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya





~ wanita sukar mendetect  sesuatu yang  dia benci tentang orang yang paling dia sayangi. sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan





~wanita suka pujian tetapi tidak tahu macam mana hendak menerima pujian





  ~wanita lebih bersikp moody daripada lelaki

~rajuk wanita lebih singkat berbanding rajuk lelaki kerana jiwa wanita lebih lembut dan mudah dipujuk





~sekuntum senyuman memberi beribu erti bagi wanita. jadi jangan slalu sangat amalkan  aktiviti 'senyum sokmo"






~wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya

Tuesday, April 3, 2012

lagi keistimewaan wanita..

  * wanita yang menguli tepung dengan 'Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya


  * Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai di       Baitullah





SALAH SATU TANDA KEBERKATAN WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA(MAS KAHWIN)...







(sumber : www.paskulai.tripod.com)

Monday, April 2, 2012

kek pisang aku sedapPpPPP

petang tadi lepas sibuk-sibuk g ronda-ronda seluruh Putrajaya, aku pun teruskan gak niat nak buat kek pisang aku yang terbantut petang semalam. terbantut bukan sebab apa...tiba-tiba angin malas datang melanda.huahuahauahaua

bahan-bahannya aku dah readykan sebelum jalan tadi.kononya balik ni aku terus bancuh ler. skali sedang aku sibuk-sibuk nak menyibukkan diri kat balcony rumah aku, si aireen pun panggil aku...huh..amat mencabar minda perbuatan dia. habis tepung aku berselerakkan didapur. ALAMAK!!!! firasat aku macam mengatakan bahawa ini adalah petanda kek yang bakal aku buat nanti tak sedap. macam mana nie..aku dah berkira-kira macam tak jadi nak buat. tapi pisang aku dah lenyekkan tadi. emm..tak per lah..aku sedapkan hati aku, kononya oven baru aku tu dah lama tak guna. takut pulak lupa macam mana cara nak pakai. boleh pakai tak ayat penyedap hati itu??boleh lah..boleh lah...

aku pun bancuh. bancuh punya bancuh si budak kecik pun macam biasalah...sibuk jugak nak membanting tulang bersama-sama. aku bagilah dia gaulkan adunan hingga sebati. agak-agak dah ok bancuhan tu aku pun masukkan dalam acuan.

kenudian aku masukkan acuan dalam oven. pusing masa ke 40 minit. selesai sudah.cuma tunggu kek masak jer. aku pun teruskan lah aktiviti membanting tenaga kemas dapur n sediakan makan malam.

40 minit berlalu....TING...oven berbunyi. aku pun tergopoh-gapah berlari-lari anak ke arah oven. aik.....kek tak masak!!! rupanya masih sama macam mana aku masukkan tadi....aduh..apa pulak masalahnya ni...skali aku pegang oven...aik!!!...tak panas. hahahaha...rupanya suiz tak ON. patutlah sepanjang aku dinner ngan en suami ngan budak kecik, takder cium apa-apa aroma yang menarik yang keluar dari oven. hampeh tol....

40 minit kemudian...TING!!!!!! ok pegang oven . emm....panas. ini kompom suiz on.kalo kek aku lembek g aku nekad nak buang jer adunan kek tu. aku cucuk-cuck ngan lidi..emm..ok.masak.tunggu 1/2 jam...dan inilah hasilnya........
                                                         
                                                               TADAAAAAAAAA......




En Suami cakap kek pisang saya sedap!!!:P

Wednesday, March 28, 2012

KEISTIMEWAAN WANITA

"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN, DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"


* Doa wanita lebih makhbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki

* Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

* Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga



* Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya


*Jika wanita memberi susu badanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa

* Wanita yang tidak lena tidurnya kerana menjaga anakya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebasklan 20 orang hamba


* Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan, dan mengampuni 2000 kesalahannya, bahkan semua yang disinari cahaya matahari akan meminta keampunan baginya damn Allah mengangkatkan 1000 darjat untuknya


 


countdown...

countdown...

www.google.com