Wednesday, August 1, 2012

know-no penat puasa katanya...

semalam masuk 11 hari kita berpuasa. tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa bersama ngan mak, bapak, kakak, abang n anak buah d Sarawak pada hari pertama puasa. tapi tak bestnya sebab takder Aireen n papa. sebabnya yang aku boleh puasa kata Sarawak tahun ni aku kebetulan ada kerja di luar kawasan (dlm bahasa glamernya outstation ler).

kenangan masa muda remaja sangat mengusik jiwa raga aku masa aku kat sana. masa zaman muda belia dulu bulan puasa adalah bulan heaven untuk aku. dalam bulan puasa ni mak aku tak halang lansung apa aktiviti yang aku buat. mana tak heaven nya kan.

sejak umur 9 tahun lagi aku dah memang aktif ikut apa-apa jer aktiviti kat surau kat perumahan mak aku tu. sejak umur 9 tahun juga aku dah blaja semayang tarawikh. walopun masa tu aku cuma ikut jer orang rukuk, sujud n bagi salam. tapi dalam umur 10 tahun aku dah reti nak semayang tarawikh dengan erti kata yang sebenarnya. pada tahap umur 9 tahun tu time semayang kitaorang (kawan-kawan seperjuang seperumahan seangkatan) buleh main-main.buleh pulak gelak-gelak time semayang. apa yang lucu aku pun tak tau. hahaha...tapi itulah memori yang boleh buat aku tersenyum sendiri tiap kali aku masuk ke surau perumahan mak aku.aik....kayanya mak aku ...ada perumahan sendiri??

lepas jer habis tarawikh aku akan join orang tadarus. masa umur 9 tahun aku dah khatam al-quran dah. jadi diberi penghormatan oleh kakak-kakak senior untuk join diaorang tadarus. habis tadarus jam dah pukul 11 lebih. kan heaven  boleh balik rumah lewat-lewat.hahahah...sepanjang bulan puasa itulah aktiviti aku sampai lah habis bulan puasa. akhir-akhir ramadhan, masa malam 7 lekor kata orang tua surau kitaorang akan buat majlis khatam al-quran so budak-budak yang tadarus ni (aku lah tu) akan dapat duit raya. paling sikit pernah kitaorang dapat RM 30 n paling banyak RM 50.


aktiviti bulan puasa ni berlarutan sampailah aku umur 18 tahun.masa tu aku lower 6. than bila aku dah 19 tawun, aku dah tak g semayang tarawikh dah sebab geng-geng suma dah pegi belajar jauh-jauh. korum tak cukup..so x pergi dah. sampailah sekarang. bila aku kena kat semenanjung ni memang kompom ler tak balik time bulan pose. sejak dai anak dara dulu lagi. dulu tiker kapal terbang paling murah kalo ambik hujung minggu Rm270 sehala...so kalo nak balik semata-mata nak sambut posa ngan family n than raya nak balik g..baik aku guna duit tambang tu beli barang kat mak ngan bapak. kan...

know-no tido petang semalam..penat puasa katanya!!

No comments:

Post a Comment

countdown...

countdown...

www.google.com