Wednesday, August 15, 2012

Sambutan Raya kat Opis Baru

tahun nie 1st time raya kat opis baru. Memang sanagt berbeza dengan tempat lama dulu. Di tempat lama memang aku dah tender contrat kemas opis sempena nak raya. Takkanlah kat tempat baru kita nak memandai-mandai plak kan. karang ada plak suara-suara sumbang  kedengaran. Maklumlah bila zaman serba canggih ni meja, pintu ngan dinding pun berkata-kata.emm..lupakan

berbalik kepada cerita persiapan raya kat opis baru ni...agak serba kekurangan lah. maklumlah baru pertama kali Bahagian ni nak buat decoration untuk raya. sibuk ler g beli lampu lip lap, pelita, nak menganyam ketupat n nak bakar lemang. Nasib baik semuanya memberikan kerjasama especially budak-budak praktikal. a big thanks to all of u Nik, Fida, n ntah apa nama yang sorang tu aku pun tak ingat...

Layan gambar ek...
ni masa menganyam ketupat semalam (14.08.2012).akibat tak pandai menganyam nak bagi mcm rupa ketupat betul anyam macam budak darjah 1 pun ok ler..

en Aiman & En Bob...gantung bendera sampai tercabut signboard opis...

orang kuat dalam penyediaan backdrop Puan Ina & En Adib

skali lagi en bob ngan en aiman..soh snap angel nie sebab nak tunjuk kat bos kononya memang buat kerja
p/s : bos mintak markah lebih SKT nanti katanya..

si tudung hijau itulah adik Nik ...

inilah dia tulang belakang keberlansungannya decoration raya BTM 2012 Puan Shim

En Adib tgh buat design backdrop..apa barang lukis guna pen ngan kertas. kita orang IT  suma guna pc

view lepas siap gantung bendera

part ambik gambar memang semua terrer...

ketupat hasil anyaman aku ngan budak praktikal.

ini ketupat hasil anyaman Puan Shim..aku nak blaja tapi tangan keras giler...kagum wei tengok beliau menganyam.pejam mata pun buleh siap 


backdrop 1/2 way nak siap...

Thursday, August 2, 2012

kawan, teman atau sahabat

kawan, teman atau sahabat apa bezanya ek???

kalo ikut pemahaman aku adalah :

KAWAN : 
1. orang yang kita x berapa nak kenal sangat. cuma tau nama jer kot atau cuma kenal muka tapi tak tau nama?eh...x tau nama buleh consider kawan ker??ader jer kawan aku yang aku tak tau nama.
2. kita akan bercakap ngan dia bila terserempak di mana-mana.
Contohnya: masa nak g toilet, masa kat cafe,masa kat tengah jalan.
3. Kita cuma cakap benda-benda merepek.
 Contohnya: makan apa?, beli apa?, sorang ker? walhal dah terang-terang nampak dia jalan sorang-sorang. lagi mau tanya kaa???
4. % untuk kita mintak tolong dari seorang 'kawan' tak mungkin kot. kecualilah dalam kes tertentu. Contohnya : tolong buka pintu. itu jer kot yang buleh
5. kalo gurau ngan dia kita gurau bodo-bodo jer.ala-ala gurao kucing tak cukup bulan.
6.depan dia time gelak kita control ayu.bercakap pun suara control sedap

TEMAN:
1. orang yang kita kenal.tau nama dia.tau dia kerja mana, kita tau no tepon dia. kita ada add dia kat fesbuk kita.
2. kita buleh g dok borak-borak ngan dia.buleh saja-saja jer ajak dia g minum, g makan, g karaoke.
3. kita boleh bergossip ngan dia.
4. tiada apa-apa perkara personal dibangkitkan.
5. kita leh gurau tahap cipan baru angkat bujang
6. kalo bercakap ngan dia buleh jer high note.
7. gelak pun buleh nganga besar-besar
8. kita akan cari dia untuk mintak tolong bidang-bidang yang berkaitan ngan dia.


SAHABAT:
1. orang yang kita kenal luar dalam dia. kita tau bestday dia bila.walopun tak bagi hadiah tapi kita ingat nak wish hepi bestday kat dia.
2. kita kalo nak buat apa pun kita akan ingat kat kawan kita.nak makan pun ingat kat dia, nak pi mana-mana pun kita ajak dia, kita teringat kat dia kalo kita makan apa yang dia suka waema kita ada gula-gula sebijik buleh jer bagi dua ngan dia.
3. slalu gaduh-gaduh manja ngan dia.
4. huhuhuhu..malas sudah mahu menaip....

alhamdulillah i found my SAHABAT ....

Wednesday, August 1, 2012

know-no penat puasa katanya...

semalam masuk 11 hari kita berpuasa. tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa bersama ngan mak, bapak, kakak, abang n anak buah d Sarawak pada hari pertama puasa. tapi tak bestnya sebab takder Aireen n papa. sebabnya yang aku boleh puasa kata Sarawak tahun ni aku kebetulan ada kerja di luar kawasan (dlm bahasa glamernya outstation ler).

kenangan masa muda remaja sangat mengusik jiwa raga aku masa aku kat sana. masa zaman muda belia dulu bulan puasa adalah bulan heaven untuk aku. dalam bulan puasa ni mak aku tak halang lansung apa aktiviti yang aku buat. mana tak heaven nya kan.

sejak umur 9 tahun lagi aku dah memang aktif ikut apa-apa jer aktiviti kat surau kat perumahan mak aku tu. sejak umur 9 tahun juga aku dah blaja semayang tarawikh. walopun masa tu aku cuma ikut jer orang rukuk, sujud n bagi salam. tapi dalam umur 10 tahun aku dah reti nak semayang tarawikh dengan erti kata yang sebenarnya. pada tahap umur 9 tahun tu time semayang kitaorang (kawan-kawan seperjuang seperumahan seangkatan) buleh main-main.buleh pulak gelak-gelak time semayang. apa yang lucu aku pun tak tau. hahaha...tapi itulah memori yang boleh buat aku tersenyum sendiri tiap kali aku masuk ke surau perumahan mak aku.aik....kayanya mak aku ...ada perumahan sendiri??

lepas jer habis tarawikh aku akan join orang tadarus. masa umur 9 tahun aku dah khatam al-quran dah. jadi diberi penghormatan oleh kakak-kakak senior untuk join diaorang tadarus. habis tadarus jam dah pukul 11 lebih. kan heaven  boleh balik rumah lewat-lewat.hahahah...sepanjang bulan puasa itulah aktiviti aku sampai lah habis bulan puasa. akhir-akhir ramadhan, masa malam 7 lekor kata orang tua surau kitaorang akan buat majlis khatam al-quran so budak-budak yang tadarus ni (aku lah tu) akan dapat duit raya. paling sikit pernah kitaorang dapat RM 30 n paling banyak RM 50.


aktiviti bulan puasa ni berlarutan sampailah aku umur 18 tahun.masa tu aku lower 6. than bila aku dah 19 tawun, aku dah tak g semayang tarawikh dah sebab geng-geng suma dah pegi belajar jauh-jauh. korum tak cukup..so x pergi dah. sampailah sekarang. bila aku kena kat semenanjung ni memang kompom ler tak balik time bulan pose. sejak dai anak dara dulu lagi. dulu tiker kapal terbang paling murah kalo ambik hujung minggu Rm270 sehala...so kalo nak balik semata-mata nak sambut posa ngan family n than raya nak balik g..baik aku guna duit tambang tu beli barang kat mak ngan bapak. kan...

know-no tido petang semalam..penat puasa katanya!!

countdown...

countdown...

www.google.com