petang tadi lepas sibuk-sibuk g ronda-ronda seluruh Putrajaya, aku pun teruskan gak niat nak buat kek pisang aku yang terbantut petang semalam. terbantut bukan sebab apa...tiba-tiba angin malas datang melanda.huahuahauahaua
bahan-bahannya aku dah readykan sebelum jalan tadi.kononya balik ni aku terus bancuh ler. skali sedang aku sibuk-sibuk nak menyibukkan diri kat balcony rumah aku, si aireen pun panggil aku...huh..amat mencabar minda perbuatan dia. habis tepung aku berselerakkan didapur. ALAMAK!!!! firasat aku macam mengatakan bahawa ini adalah petanda kek yang bakal aku buat nanti tak sedap. macam mana nie..aku dah berkira-kira macam tak jadi nak buat. tapi pisang aku dah lenyekkan tadi. emm..tak per lah..aku sedapkan hati aku, kononya oven baru aku tu dah lama tak guna. takut pulak lupa macam mana cara nak pakai. boleh pakai tak ayat penyedap hati itu??boleh lah..boleh lah...
aku pun bancuh. bancuh punya bancuh si budak kecik pun macam biasalah...sibuk jugak nak membanting tulang bersama-sama. aku bagilah dia gaulkan adunan hingga sebati. agak-agak dah ok bancuhan tu aku pun masukkan dalam acuan.
kenudian aku masukkan acuan dalam oven. pusing masa ke 40 minit. selesai sudah.cuma tunggu kek masak jer. aku pun teruskan lah aktiviti membanting tenaga kemas dapur n sediakan makan malam.
40 minit berlalu....TING...oven berbunyi. aku pun tergopoh-gapah berlari-lari anak ke arah oven. aik.....kek tak masak!!! rupanya masih sama macam mana aku masukkan tadi....aduh..apa pulak masalahnya ni...skali aku pegang oven...aik!!!...tak panas. hahahaha...rupanya suiz tak ON. patutlah sepanjang aku dinner ngan en suami ngan budak kecik, takder cium apa-apa aroma yang menarik yang keluar dari oven. hampeh tol....
40 minit kemudian...TING!!!!!! ok pegang oven . emm....panas. ini kompom suiz on.kalo kek aku lembek g aku nekad nak buang jer adunan kek tu. aku cucuk-cuck ngan lidi..emm..ok.masak.tunggu 1/2 jam...dan inilah hasilnya........
TADAAAAAAAAA......
|
En Suami cakap kek pisang saya sedap!!!:P |