Wednesday, September 14, 2011

salam kemaafan....

salam kegemilangan...biar gemilang dan terbilang selalu. start dari orang sibuk-sibuk nak raya hari tu sampai sekarang orang dah sibuk-sibuk nak buat open house aku tak der pun nak post entry baru. maklumlah raya hari tu kurang mood + agak JK.
aku JK sebab masa seminggu lagi nak raya dapat berita tak best dari emak kat Sarawak yang bapak aku punya fistular (tiub yang digunakan untuk menyambungkan arteri ngan pembuluh darah, ntah betul ntah tidak tapi ini ler yang aku paham kegunaan benda alah tu) tak berfungsi.jadinya bapak ak tak buleh nak buat dialysis macam biasa.jadinya dia kena tebuk kat leher dia untuk buat dialysis. aku time dengar yang dia kena tebuk kat leher tu dah macam melayang-layang dah jantung aku. air mata jangan cakap ar. memang macam orang mintak maaf kat pagi raya. erk..orang nenges ker time mintak maaf pagi raya??aku jer kot.nampak sangat buat banyak dosa kat orang sepanjang tawun kan.sebab tu lah time mintak maaf tu nanges-nanges.
aku kurang mood sebab emm...tak yah cita ler sebab aku takder mood sebab memang aku takder mood. nak cita sebab aku takder mood pun tak de mood.macam mana tuh??
dalam kita bergaul ni kadang-kadang kita tak sedar kata-kata kita ker..perbuatan kita ker pernah buat orang kecik hati.kadang-kadang aku ni macam sedar jer yang aku dah buat orang sakit hati. tapi kadang-kadang sengaja aku buat sebab memang tujuan aku nak bagi orang tu sakit hati n  nak bagi dia sedar. baek gak niat aku tu. nak bagi orang yang berkenaan tu sedar yang orang busan dah kat dia. aku fed-up ker kat dia . kalo orang lain mungkin boleh g nak buat-buat layan perangai yang ntah apa-apa tuh but as for me kalo dahmemang tak buleh tahan aku luah gak. pergi ke laut ler kalo orang tu nak simpan dalam hati kata-kata aku.
T.A.P.I.....sempena hari baek bulan baek nih aku nak mintak MAAF ZAHIR & BATIN kat saper-saper yang pernah aku kecikkan hati, keterlanjuran kata-kata...keterambikan makanan  especially kat kawan-kawan opis aku...k.ziti, puan ijang, amy, zaf, sal & ros. aik..roslen pun ada masuk ini sesi bermaaf-maafan ker??/alamak!!!lupa plak kat bakal pengantin. cik hazlianayati . mintak maaf ye suma-suma...



psss: sori u guys..x der plak gambar kita dalam simpanan i. mana pei tah.x buleh nak uplod pic.

countdown...

countdown...

www.google.com